Tuesday, December 19, 2017

Indonesia Benarkan Amalan Zina..


Imej yang berkaitan

JAKARTA – Mahkamah Perlembagaan Indonesia menolak petisyen untuk menjenayahkan zina atau hubungan seks luar nikah yang dikemukakan oleh kumpulan konservatif di negara ASEAN itu.

Lima daripada sembilan hakim mengundi untuk menolak petisyen itu secara rasmi sekali gus memberi kemenangan terhadap aktivis hak asasi antarabangsa yang bimbang usul tersebut akan mencetuskan kawalan moral di Indonesia. Mereka mendakwa konon jika petisyen berkenaan tidak ditolak secara rasmi oleh pihak mahkamah terbabit, ia bakal memberi diskriminasi khasnya terhadap pengamal homoseksual di negara paling ramai umat Islam di dunia itu.
Ketua Hakim Mahkamah, Arief Hidayat berkata undang-undang mengenai perzinaan di Indonesia kini tidak bercanggah dengan perlembagaan, dan ia bukan kuasa Mahkamah Perlembagaan untuk mencipta dasar baharu.
“Plaintif patut menyerahkan petisyen mereka kepada penggubal undang-undang (Parlimen) dan ia patut menjadi input penting dalam semakan semula kanun jenayah yang sedang dilakukan,” katanya dalam penghakiman.
Memetik laporan media tempatan, permohonan mengharamkan seks luar nikah telah dikemukakan oleh Aliansi Cinta Keluarga (AILA), sebuah organisasi yang terdiri daripada ahli akademik dan aktivis konservatif di Indonesia.
Mereka mahu mahkamah memberi takrifan zina diguna pakai bukan sahaja kepada pasangan berkahwin tetapi sesiapa sahaja dalam atau luar perkahwinan, supaya menjadikan hubungan seks luar perkahwinan sebagai jenayah.
Dalam aduan mereka, pihak AILA berkata bahawa perkara tertentu dalam kanun jenayah republik terbesar di rantau Asia tenggara itu boleh “mengancam daya tahan institusi kekeluargaan dan juga Indonesia secara keseluruhan”.
Keputusan tidak dijangka oleh mahkamah berkenaan ternyata menerima kecaman pelbagai badan hal ehwal Islam tempatan dan ramai dilaporkan menangis apabila ada hakim beragama Islam sendiri pun tetap tolak petisyen itu.
Malah ada kalangan mereka malu dengan negara jirannya, Malaysia dan Brunei lebih mendaulatkan ajaran Islam yang tegas boleh menahan pasangan berzina sekali gus mengekang gejala bayi luar nikah daripada bebas berleluasa.
Setakat ini, hanya wilayah Aceh menganggap kes zina sebagai jenayah dalam undang-undang syariah tempatan, bahkan pesalah jika disabitkan mahkamah boleh dihukum sebat di khalayak awam. – Agensi/Mynewshub.cc

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Indonesia adalah negara umat Islam terbesar di dunia yang tidak melaksanakan sistem perundangan Islam sepenuhnya (selain Aceh). Kerana konsep negara Islam adalah negara yang melaksanakan Islam sepenuhnya. Malaysiapun tidak termasuk 'negara Islam' tetapi hanya 'negara umat Islam'. 


Lihat sebelum ini..


4 comments:

Anonymous said...

Pak Haji, bagaimana sebutan pada Negeri Kelantan...??? Kelantan itu negeri Islam atau Kelantan itu negeri umat Islam karena parti pemerintah ialah PAS. Gelaran Negeri Kelantan ialah Kelantan Darul Naim, manakala Terengganu ialah Terengganu Darul Iman. Yang jelas hanya Acheh saja negeri Islam dalam Indonesia negara umat Islam.... Lain macam saja sebutannya....???!!!!

Anonymous said...

Jika negara Indonesia menjadikan perlembangaan Islam sebagai dasar negara, kita yakin Indonesia akan menjadi super power yang disegani oleh musuh Islam. Malangnya, Sukarno telah mungkir janji untuk membentuk negara Islam Indonesia setelah pejuang Islam berjaya menghalau penjajah Belanda keluar dari Indonesia.

Ibnu Hasyim said...

Tuan Anon. December 19, 2017 at 12:45 AM

T.kasih kerana respon tuan.

Kelantan itu adalah negeri umat Islam, dan rakyat memberi mandat melalui pilihan raya untuk PAS melaksanankan perundangan Islam. Tetapi kerana BN/Perikatan menahan perlaksanaan tersebut,walaupun untuk Kelantan atau orang Islam sahaja, maka perlaksanaan 'hudud' tidak dapat dilaksanakan.

Itulah kebiadaban BN, dan pengkhianatan terbesar UMNO terhadap agama Islam di negara ini dan Kelantan khususnya.

Berbeda dengan Aceh, walaupun ia dibawah taklukan Indonesia, tetapi pemerintah Indonesia membenarkan Aceh melaksanakan perundangan Islam di negeri tersebut. Al-hamdulillah.

Di Malaysia, kalau nak negara Islam juga, kena sokong parti Islam yang memperjuangkan Islam melalui peti undi di negara ini. Peluang baik sekarang sudah wujud, gunakan tangan anda mengubah kemungkaran, dengan mengundi PAS dalam PRU 14 akan datang.

Kempen ramai-ramai, tegakkan Islam dan PAS, untuk runtuhkan UMNO, jahiliah dan BN sekarang juga!! Allahu Akbar.

Maaf, begitu kira-kira pandangan saya.

Anonymous said...

Kita berdoa semoga Malaysia menjadi negara Islam yang melaksanakan undang-undang Islam untuk menjamin keadilan dan hak rakyat dan membentuk rakyat dan pemimpin yang berakhlak mulia. Kita sudah bosan dan meloya melihat salah-laku pemimpin sekular, liberal dan kafir harbi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails