Sunday, November 12, 2017

Rumah Siapa Ini? Rumah MB?



Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bagaimana kalau saya (Blog IH) menafsirkan 3 kumpulan utama bertarung dalam PRU14 akan datang? Tidak termasuk calon bebas, kumpulan ini ialah..
  1. Kumpulan kerajaan dan rakan-rakan, UMNO/Melayu &BN.
  2. Kumpulan pembangkang DAP dan Melayu serpihan.
  3. Kumpulan Islam, PAS dan beberapa gabungannya..
Kalau kumpulan ke1 menang, biasa. BN perintah, Najib jadi PM. 
Kalau kumpulan ke2 menang, DAP akan menguasai pemerintahan, walau Melayu jadi PM. Termasuk Dr M, ('Lama dah..'), kerana DAP (rejim Lim) kuasai tadbiran. Contohnya sekarang, walaupun ramai pemimpin DAP Melayu tetapi nyata, dalam DAP Kit Siang/Guan Eng yang berkuasa.
Bagaimana kalau kumpulan ke3 ini pula yang menang atau separuh menang? Tentu ada peranan PAS atau kumpulan kepimpinan Islam (berbeda dengan kumpulan Melayu atau 'kaki rasuah' walaupun Cina pembangkaang atau tidak) dalam menentukan PM negara. 
Atau dari mereka dilantik sebagai PM.. PAS tentu akan mencalonkan Abd Hadi sebagai Perdana Menteri Malaysia. 
Tidak ada rekod rasuah di kalangan pemimpin PAS semasa memerintah negeri-negeri yang pernah dikuasainya. Contohnya mengenai rumah kediaman. Tidak ada MB-MB (Menteri Besar)nya yang seperti Khir Toyo di Selangor) atau Guan Eng di Pulau Pinang.  Sekian.
Nak Tahu Rumah Di Atas Ini Siapa Punya? Lihat tulisan ini..

Antara Khir Toyo, Guan Eng, MB K'tan Terbaik..

khir2

Khairul Ahmad Firdaus – Jika siasatan SPRM mendapati tiada kes rasuah dalam pembelian rumah Lim Guan Eng. Bermakna SPRM terlibat dalam merancang dan menyusun bukti bagi mensabitkan Dato’ Seri Mohd Khir Toyo dahulu.

– Jika siasatan SPRM mendapati tiada kes rasuah dalam pembelian rumah Lim Guan Eng. Bermakna SPRM terlibat dalam merancang dan menyusun bukti bagi mensabitkan Dato’ Seri Mohd Khir Toyo dahulu.

Kerana kedua-dua kes adalah sama iaitu membeli rumah bawah harga pasaran kepada individu yang rapat dan dikenali mempunyau hubungan rasmi kepadanya.

Dengan asakan kesnya. Lim Guan Eng yang berlagak “cool” tidak dapat menahan diri untuk terus menjawab isu pembelian rumahnya. Sekali lagi Lim Guan Eng hari ini 19 Mac 2016 mengadakan sidang medianya dan mencabar SPRM menyiasatnya dengan kadar segera.

Dan LGE terus diselubungi rasa takut apabila membangkitkan kenyataan media SPRM pada 18 Mac 2016 yang menyebut;

Siasatan SPRM sebelum ini hanya berkaitan penyewaan rumah berkenaan dan bukan pembelian. Pembelian rumah ini merupakan pendedahan baharu dan SPRM tidak pernah membuka fail sebelum ini”.

Ternyata kenyataan itu berlegar dikepala Lim Guan Eng dan menyatakan kekesalannya Sebagai “sesuatu yang menghairankan, SPRM negeri ada menyatakan pernah menjalankan siasatan sebelum ini berkaitan penyewaan rumah saya pada 2009”.

Ya Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri dalam Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) Pulau Pinang, 1980. – mempunyai kelayakan istinewa sebagai Ketua Menteri untuk kemudahan rumah sama ada menyewa, membeli secara pinjaman atau tinggal di rumah kediaman rasmi kerajaan. Dan dia memanfaatkan sepenuhnya kemudahan itu.

“Jerat tidak pernah melupakan pelanduk” Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga”.

Dulu Lim Guan Eng menjadi benar semasa beliau menyewa rumah itu selama 7 tahun dengan kelayakannya sebagai Ketua Menteri dan anggota pentadbiran kerajaan. Tetapi keputusan membeli rumah dan tanah yang disewanya (rumah kediaman rasminya) itu pada ogos 2015 adalah satu tindakannya yang silap. Ibarat ramai yang menunggu kesilapan Lim Guan Eng.

Hartanah yang LGE mempunyai hubungan dengan pemiliknya sejak sekian lama sebagai “penyewa” dan dalam masa sama pernah mendapat projek kerajaan negeri. Tentu versi siasatan kali ini berbeza.

Menambah kesan buruk bila pengakuan Lim Guan Eng bahawa urus niaga jual beli rumahnya dibuat secara rela hati”, pada harga yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak; ‘willing buyer willing seller’ tanpa sebarang paksaan atau tekanan adalah satu Pengakuan Eksklusif LGE yang boleh dikaitkan dengan Seksyen 165 Kanun Keseksaan sebagaimana pertuduhan kepada Kes pembelian rumah Dato’ Seri Mohd Khir Toyo.

Jadi ke manakah lagi Lim Guan Eng mahu lari? Perkara 165 Kanun Keseksaan tidak memerlukan sebarang bukti berlaku unsur rasuah Ia hanya perlu membuktikan seorang penjawat awam mendapat sesuatu barangan dengan balasan tidak mencukupi dari seseorang yang mempunyai hubungan rasmi.

Adalah jelas dalam kes ini Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang penjawat awam yang mempunyai hubungan istimewa dengan Ms Phang Li Koon ahli perniagaan yang menyewakan rumahnya kemudian menjualnya kepada Lim Guan Eng dengan harga yang murah tidak masuk akal. Ia boleh ditafsirkan sebagai “special discounted deal”.

Apakah ini satu balasan kepada Ms Phang yang dikaitkan dengan projek penjualan tanah di Jalan Zainal Abidin, George Town kepada satu syarikat KLIDC untuk pembinaan hotel dan hospital pada 2012?

Bukan itu sahaja Ms Phang Li Koon yang rapat dengan Lim Guan Eng juga yang juga AJK Penang Chinese Chamber of Commerce ( PCCC) adalah sepupu kepada Pee Boon Poh Exco Terkaya di Pulau Pinang dikatakan mendapat projek asrama pekerja asing di Batu Kawan.

Memandangkan SPRM telah membuka kes dan menyiasat kes ini disamping Lim Guan Eng sendiri mendesak SPRM kalau berani siasatlah dia. Maka mari kita sama-sama mendesak SPRM menyiasat dan meneliti kes ini di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan dengan hukuman maksimum ialah 2 tahun penjara.

Kita juga berharap SPRM menghantar siasatan kes segera kepada Peguam Negara Tan Sri Dato’ Sri Haji Mohamed Apandi Bin Haji Ali bagi pendakwaan segera terhadap Lim Guan Eng.

Harap-harap tiada saksi yang mati terjun keluar dari tingkap bangunan SPRM sepanjang sessi soal siasat berlangsung.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Nampaknya, bab kewangan DAP sama dengan UMNO/BN. Setakat ini, rekod Menteri Besar Kelantan terbaik, tiada masalah skandal rasuah rumah dan lain-lain. al-hamdulillah.
 Rumah Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob di Alor Pasir, Wakaf Bharu…walaupun sudah 9 tahun menjadi Timbalan MB Kelantan, dan jadi MB sekarang..


Kediaman Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat, MB Kelantan sebelum Ahmad Yakob

Rumah Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, bekas MB Terengganu.

Bekas rumah bekas MB Kedah  Allahyarham Azizan Razak dari PAS.
Sila rujuk.. 
IKLAN:

Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.

18 comments:

Tinta Mohd Yusri said...

Analisis syok sendiri..

Anonymous said...

Tuan Aji. Yg tersergam belakang rumah tok guru tu apa?. KEPALA BAPAK KAU.

Anonymous said...

KE-3 TU KUMPULAn Islam .....dasyat ko.

Anonymous said...

Apa la komen 10:58, 11:02 dan 11:23 adalah orang yg sama. adussss betulla PAN-Murai, bising macam ramai rupanya sorang

Anonymous said...

Apa akan jadi jika PAN Menang?????? Mari kita baca flashback apa DAP akan buat jika PAN Menang

http://www.ismaweb.net/2016/06/dap-akan-sambut-kemenangan-pan-dengan-arak-carlsberg-tiger/

“DAP akan sambut kemenangan PAN dengan arak Carlsberg, Tiger”

BANGI, Khamis – Parti rasis dan cauvinis, DAP akan meraikan calon PAN, Azhar Abdul Shukur dengan arak sekiranya berjaya memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.

Perkara itu dinyatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Sekinchan, Ng Suee Lim dalam satu ceramah kempennya sebagai pujukan kepada pengundi Cina supaya mengundi calon PAN.

Joceline Tan dalam tulisannya bertajuk ‘Tough decisions in the rice bowl town of Sekinchan’ yang disiarkan di media liberal The Star hari ini, menyebut bahawa Ng telah berkata, jika PAN menang di Sungai Besar, kemenangan itu akan diraikan dengan Carlsberg, Tiger atau kau (black dog atau Guinness Stout).

Melihat kepada situasi itu Tan berkata, cara Ng berkempen itu, ia memberi gambaran seolah-olah Ng adalah calon yang bertanding.

Ini kerana beliau berpendapat, sebahagian besar yang dipertaruhkan DAP dalam PRK ini adalah PAN yang dianggap sebagai makhluk ciptaan DAP menggantikan PAS sebelum ini.

“Ia juga merupakan satu perjuangan proksi antara DAP dan PAS, yang mana PAN amat bergantung kepada undi Cina,” katanya.

Tan berkata, apa yang dilakukan DAP adalah semata-mata untuk menarik sokongan di kalangan pengundi Cina.

“Ketika dulu pemimpin DAP memujuk Cina untuk menyokong PAS dan kini mereka terpaksa meminta Cina untuk menyokong PAN pula.

“Bagaimanapun, ramai orang Cina di kawasan itu tidak mengetahui kewujudan PAN. Ustaz Azhar, calon PAN juga tidak terkenal walaupun bapanya pernah menjadi orang kuat UMNO di kawasan itu,” kata Tan lagi.

Anonymous said...

JOM LAYAN VIDEO PAN YG CAKAP MACAM ORANG MABUK TODI. MIMPI 15 KALI JUMPA ALLAYARHAM DIAJDIKAN HUJAH. LINK DIA ADA KAT BAWAH. HANYA DI YOUTUBE

https://www.youtube.com/watch?v=hhT_-RSbcQI

Husam Mimpi 15 X Jumpa Tok Guru NIk Abd Aziz

Dalam ceramah Husam Musa kata dia mimpi 15 kali jumpa Tok Guru Nik Abdul Aziz. Husam makin menjadi-jadi...

Cik Minah said...

Kalau kumpulan ketiga dapat berkuasa, semua orang akan hidup merana.
Yang senang lenang, cuma pak-pak lebai, bini akan bertambah jadi4, dan lima!!!!!
Rakyat disuruh bersabar, terima semua sebagai Kadq dan kadar.
Hari-hari kena dengar cermah penglipor lara, macam kat atas ni.

Anonymous said...

Moga penentang islam akan dapat hidayah menjadi pejuang islam.

Anonymous said...

geng tok lobai ingat dia lah yg terbaik...hukum semua orang konon aku terbaik..berbaik dgn penyamun tu apa hukum nya wahai to lobai????

Anonymous said...

Buat apa tunjuk rumah saya Yeop... tunjuklah akaun bank beserta kereta-kereta mewah...lekeh la kau ni....lebih elok kau berbalik kepada cerita XXX yang memang sininim dengan blog awak ni....

Anonymous said...

Yang ke3??? Belum menang pun Wisma Tok Guru telah diusahakan secara amat jijik untuk dirampas dengan menggunakan pitih komisyen haram balak!!! Berkokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi.

zamani said...

200 juta tu kes kat arab saudi ke?

Anonymous said...

Rasuah ada di Kelantan terutamanya pemberian lesen balak sehingga hutan banyak yang botak dan menyebabkan banjir lumpur.PAS dan UMNGOK spesis sama sahaja tak perlu diberi peluang untuk mentadbir negara.Pemimpin mereka hanya pentingkan perut dan kocek sahaja.

Anonymous said...

Bio la diaorg nk selebret mcmana pun..dh diaorg kapior tak kan nk suruh sujud syukur pulak ye dok..abih masa malam taun baru diaorg selebret yamsenggg tu ko x bising pulak?bodo la kalau berkempen..tapi nk menangkan kumpulan atau parti lain..ko sokong team bola febret ko, ko ke owner team bola tu? Siap nazar semelih kambing bagai..Apesal ko x sokong team lawan???aku kah yg gila atau ko yg bangang???

Anonymous said...

Jangan nak perasanlah kumpulan 3 nak perintah. Bertanding hanya nak menang 40 kerusi ada angan2 nak memerintah??

Kelantan tu dah cukup bukti Pas tidak mampu mentadbir sebuah negeri.Apa lagi nak tadbir negara Malaysia.

Masuk parlimen pun jadi pasu bunga!

Anonymous said...

Macam mana analisa ini dibuat, bertanding hanya 100 kerusi parlimen dan jangkaan menang 40 kerusi parlimen lepas sembang nak tubuh kerajaan? Fikirkanlah dengan munasabah, jangan dengan jahilan. Parlimen Malaysia mempunyai 222 kerusi parlimen untuk membentuk kerajaan sekurang-kurangnya memerlukan 112 kerusi parlimen atau perlukan gabungan dengan mana-mana parti lain. Contoh jika PAS bertanding 100 kerusi parlimen dan menang 60, PAS masih memerlukan 52 kerusi parlimen lagi bagi membentuk kerajaan. Jika dalam keadaan sama BN juga memenangi 80 kerusi parlimen, adakah BN akan membenarkan PAS memerintah? Fikir-fikirkan lah.....

Anonymous said...

Anon November 10, 2017 at 6:57 PM,

Jangan jadi bodoh, PKR perintah S'ngor, dia menang semua kerusi ke.
UMNO perintah M'sia, dia menang semua kerusi ke?

PAS boleh tanding semua kerusi, atau diagih-agihkan kepada sekutu-sekutunya. P.Pg ada Parti Cinta Malaysia untuk lawan dengan DAP

Apa la bodo punya olang.

Paul Baggio said...

Terima kasih Tuan Hj kerana memanaskan bontot bontot penjilat tegar jubur pemimpin DAPigs!
...seronok tengok mangkuk mangkuk barua DAPigs meroyan tak reti nak jawab balik! Mungkin makin bengap sejak makan dedak DAPigs

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails