Monday, November 13, 2017

Larang Bertudung, K'jaan Mesti Campur Tangan. -Presiden WAFIQ.

 Prof Madya Dr Rafidah Hanim

BANGI, 23 Safar 1439H, Ahad – Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan serta Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat perlu memandang serius isu larangan wanita bertudung bekerja di bahagian perkhidmatan pelanggan (frontdesk) hotel.

Presiden International Women’s Alliance for Family Institution and Quality Education (WAFIQ), Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar berkata, pihak kementerian perlu mengubah polisi perhotelan supaya tidak mendiskriminasikan pekerja wanita beragama Islam.

Perkara itu juga, katanya, jelas bertentangan dengan Perkara 8 Perlembagaan Negara yang menyatakan bahawa tidak boleh berlaku diskriminasi terhadap jantina. Bahkan hakikatnya, beliau berkata, pemakaian tudung oleh pekerja wanita langsung tidak mempunyai kaitan dengan pulangan ekonomi hotel.

“Ini kerana, terdapat laporan netizen yang pernah mengunjungi hotel antarabangsa di luar negara, yang mempunyai pekerja Islam bertudung di bahagian kaunter.

“Malah, berdasarkan laporan CEIC Data’s Global Database, prestasi perhotelan di Malaysia mencatatkan kejatuhan dalam kadar penginapan bilik, iaitu 61.90 peratus pada Disember 2017, berbanding 63.60 peratus pada Disember 2014.

“Purata dari tahun 1998-2015 adalah 62.5 peratus. Rekod tertinggi dicatat pada tahun 1990 iaitu sebanyak 72.90 peratus.

“Jadi, polisi antarabangsa agar hanya pekerja wanita tidak bertudung yang berkhidmat di kaunter, yang dikatakan oleh pengerusi MAH ini telah lebih 10 tahun diamalkan, selain bersifat diskriminasi jelas tidak membawa sebarang faedah pun dari segi pulangan ekonomi,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Sebaliknya, Dr Rafidah berkata, jika pekerja wanita dipilih berdasarkan kecekapan dan keupayaan mereka, serta bukannya hakikat mereka bertudung, berkemungkinan besar pihak hotel akan melihat data yang berbeza.

Sebelum ini, sebuah hotel antarabangsa di Petaling Jaya dilaporkan melarang kakitangan wanitanya memakai tudung ketika bertugas sehingga menyebabkan ada daripada mereka terpaksa menanggalkan tudung, dan memakainya selepas waktu kerja. (ismaweb.net)

IKLAN:
Imej yang berkaitan

'Bukan nak tutup periuk nasi orang kita di Australia' -Utusan Online

Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails