Monday, November 13, 2017

750,000 Sertai Protes Tuntut Wakil Rakyat Dibebaskan Di Catalonia.


AFP - SEBAHAGIAN daripada ratusan ribu penunjuk perasaan prokemerdekaan yang berhimpun di Barcelona, Sepanyol kelmarin.

BARCELONA – Beratus-ratus ribu warga Catalonia berarak kelmarin untuk menuntut pembebasan puluhan wakil rakyat tempatan yang dipenjarakan kerana menyokong kemerdekaan daripada Sepanyol.
Protes lebih dua jam di ibu kota Catalonia, Barcelona itu berlangsung sehari selepas Speaker Parlimen wilayah berkenaan dibebaskan daripada penjara selepas membayar wang ikat jamin berjumlah 150,000 euro(RM732,637)
Penunjuk perasaan berhimpun di sebuah dataran berhampiran bangunan Parlimen sambil mengibarkan bendera kemerdekaan Catalonia dan melaungkan slogan ‘Kebebasan’.
Polis bandar raya Barcelona berkata, kira-kira 750,000 orang menyertai demonstrasi besar-besaran itu.
Krisis Catalonia menimbulkan kebimbangan kepada Ke­satuan Eropah (EU) ketika blok itu berdepan Brexit. EU kini resah mengenai nasib 7.5 juta penduduk Catalonia selepas lebih 2,400 perniagaan telah memindahkan ibu pejabat mereka ke tempat lain.
Pada Rabu lalu, tunjuk pe­rasaan serupa oleh kesatuan sekerja prokemerdekaan mencetuskan kekalutan perjalanan.
Kumpulan penunjuk perasaan menutup sebanyak 60 jalan raya dan landasan kereta api terma­suk lebuh raya utama yang meng­hubungkan Catalonia dengan Pe­rancis dan negara Eropah lain.
Wakil rakyat dan pegawai prokemerdekaan menerima tekanan daripada Madrid sejak Parlimen Catalonia mengisytiharkan kemerdekaan wilayah itu pada 27 Oktober lalu susulan pungutan suara yang diharamkan.
Kerajaan pusat Sepanyol telah memecat pemimpin Catalonia, Carles Puigdemont, kerajaannya dan Parlimen dan memansuhkan autonomi wilayah itu.
Madrid mengumumkan pilihan raya baharu akan diadakan di Catalonia pada 21 Disember tahun ini. – AFP


IKLAN:
Imej yang berkaitan

'Bukan nak tutup periuk nasi orang kita di Australia' -Utusan Online

Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails