Sunday, November 12, 2017

Halang Sholat Di Atas Jalan, Kerana Pemimpinnya Bukan Islam?


CLICHY, Perancis – Kira-kira 100 orang Ahli Parlimen Perancis cuba menghalang orang Islam daripada menunaikan solat di atas jalan di utara Paris kelmarin.
Mereka turut menggesa kerajaan supaya mengenakan larangan terhadap orang Islam itu dengan menyifatkan ibadah tersebut tidak dapat diterima dilakukan di kawasan awam.
Kumpulan itu diketuai oleh seorang ahli politik wanita yang juga ahli pihak berkuasa tempatan di Paris, Valerie Pecresse.
Mereka cuba mengganggu kira-kira 200 orang jemaah lelaki yang menunaikan solat dengan menya­nyikan lagu kebangsaan Perancis di pinggir bandar Clichy yang mempunyai masyarakat berbilang kaum.
“Tempat awam tidak boleh diambil alih dengan aktiviti se­perti ini,” kata Pecresse semasa mengetuai demonstrasi bersama-sama Datuk Bandar Clichy, Remi Muzeau.
Solat di atas jalan itu diadakan pada setiap hari Jumaat di Clichy sejak Mac lalu bagi membantah penutupan sebuah masjid ter­kenal tempatan yang sebelum ini ber­operasi di dalam sebuah bangunan kerajaan.
“Kementerian Dalam Negeri perlu menghalang solat di jalanan. Saya bertanggungjawab untuk memastikan ketenangan dan kebebasan semua orang di bandar saya,” kata Muzeau kepada pemberita.
Bekas masjid yang dikendalikan oleh Persatuan Muslim Clichy Bersatu (UAMC) itu biasanya digunakan oleh 3,000 hingga 5,000 orang Islam setiap hari sebelum pejabat Datuk Bandar mengambil alih bangunan itu dan menukarkannya menjadi sebuah perpustakaan.
Muzeau berkata, masyarakat Islam tempatan telah diminta untuk menggunakan masjid baharu dengan keluasan 1,500 meter persegi yang terletak berhampiran, namun ramai yang enggan pergi ke situ.
Seorang penduduk Islam, Abdelkader berkata, dia mahu tempat solat umat Islam turut dihormati seperti yang dinikmati oleh orang Kristian dan Yahudi, malah tiada yang suka untuk menunaikan solat dengan dikelilingi polis pada setiap hari Jumaat. – AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sholat Jumaat di jalanan tidak dibenarkan, ada masjid tempatan ditutup. Untuk ibadat sendiri di negara sendiri pun tak boleh. Untuk dapatkan tempat sholat umat Islam seperti yang dinikmati oleh orang Kristian dan Yahudi pun tak dapat. Malah semasa solat sentiasa dikelilingi polis pada setiap hari Jumaat.

Apakah hal ini berlaku kerana negara diperintahkan oleh pemimpin yang bukan Islam? Atau yang diperintah oleh yang mengaku Islam, tetapi tidak mendaulatkan syariat dan perundangan Islam? Atau yang bukan dari parti Islam, juga 'parti orang Islam'  kalau di Malaysia?


IKLAN:

Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails