Friday, November 17, 2017

5,000 S/Hajat Di Depan W/Tok Guru Sebentar Tadi.. Termasuk Video Program.

Hasil carian imej untuk Penyokong PAS Solat Hajat Di Depan Wisma Tok Guru

KOTA BHARU – Kira-kira 5,000 penyokong PAS menyertai Himpunan Kesyukuran dan Solat Hajat Perdana di perkarangan Wisma Tok Guru di Salor malam tadi.

Solat berkenaan yang diimamkan oleh Nik Rozi Nik Mat iaitu adik kepada Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sebagai tanda kesyukuran berhubung pemilikan baharu tanah yang menempatkan wisma tersebut.
Turut menyertai solat berkenaan ialah Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri serta pemimpin PAS yang lain.
Anggota Dewan Undangan Negeri Salor, Datuk Husam Musa semalam gagal dalam usahanya untuk mendapatkan injunksi Mahkamah Tinggi bagi menghalang pemilik tanah yang menempatkan wisma itu Mohd Yasin Yusoff daripada membenarkan mana-mana pihak mengadakan aktiviti di tanah miliknya itu.
Dalam keputusannya, Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Bache berkata mahkamah membuat keputusan itu dengan mengambil kira defendan (Mohd Yasin) selaku pemilik baharu tanah tersebut mempunyai hak kerana sudah membayar serta membeli hartanah itu secara sah.
Isu perebutan tanah itu bermula susulan tanah yang asalnya milik bekas Adun Salor, Allahyarham Datuk Ahmad Rosli Ibrahim, yang menamakan isterinya sebagai pemilik telah dijual kepada Mohd Yasin, yang juga Setiausaha Kerja PAS Kelantan dengan harga RM700,000.
Dalam masa sama, wisma tersebut masih digunakan sebagai Pejabat ADUN Salor oleh Husam yang mendakwa mendapat kebenaran daripada pemilik asal tanah berkenaan. Husam kini Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN).
Berikutan itu PAS memberi notis kepada Husam untuk meninggalkan wisma tersebut dalam tempoh sebulan yang telah berakhir pada 12 November lepas. – BERNAMA

IKLAN:
Imej yang berkaitan

'Bukan nak tutup periuk nasi orang kita di Australia' -Utusan Online

Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails