Thursday, November 16, 2017

Armada Desak Pendaftaran PPBM Dibatalkan




BENTONG – Pemimpin Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), sayap Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hari ini menggesa Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) membatalkan pendaftaran PPBM atas dakwaan menipu mereka untuk mempercayai bahawa sayap itu entiti yang sah.
Wakil Armada Lanchang Airul Amir Amirudin berkata sayap itu pada hakikatnya tidak wujud dalam perlembagaan parti.
Ketua Armada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut diminta meletak jawatan ekoran kegagalannya menangani isu status pendaftaran Armada sebagai sayap PPBM, katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Seorang lagi pemimpin Mohd Izaid Mohd Nor berkata beliau kecewa dengan tindakan Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad dan Syed Saddiq yang gagal menyelesaikan isu Armada dan isu lain yang berbangkit dalam parti.
Pada 20 Okt lalu, bekas Exco Armada Mohamad Taufik Abas mendakwa semakan di ROS mengesahkan Armada langsung tidak wujud dalam perlembangaan PPBM kerana hanya menyatakan penubuhan sayap Pemuda, Wanita dan Srikandi. – BERNAMA



IKLAN:
Imej yang berkaitan

'Bukan nak tutup periuk nasi orang kita di Australia' -Utusan Online

Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails