Wednesday, November 15, 2017

Sangkal Tidur Sebilik Dengan Anak Perempuan MB S'gor. -S/Saddiq



Ketua ARMADA Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Syed Saddiq Abdul Rahman menyangkal beberapa dakwaan yang dilemparkan 'tentera siber' berhubung perjalanan beliau ke United Kingdom (UK) dan Perancis.

Antara dakwaan itu beliau berbulan madu bersama anak perempuan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di UK.

"Ini perkara paling lucu pernah saya baca. Pihak Umno pun sekadar kongsikan screenshot dari akaun palsu Twitter sebab takut di saman oleh saya," katanya.

Beliau berkata berdasarkan posting Twitter, sangat jelas anak perempuan Azmin sedang berada di Pulau Pinang dalam misi bantuan mangsa banjir.


Menurut Syed Saddiq beliau di Perancis untuk membentangkan kertas penyelidikan berjudul 'Thailand Post-Shinawat' dan 'The State of Political Islam in the Middle East'.


Juri debat Oxford IV


Beliau menambah diberikan peluang untuk menghakimi pertandingan akhir debat berprestij antara varsiti, Oxford IV.


"Saya juga mengendalikan dua bengkel dan mengadakan pertemuan dengan empat persatuan Malaysia," katanya. 


Syed Saddiq turut menjelaskan dakwaan perjalanan beliau dibiayai BERSATU atau pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad atau Azmin Ali.


"Satu sen pun duit perbelanjaan saya tak ditampung oleh parti, Tun Mahathir dan MB Azmin," katanya.


Katanya perbelanjaan perjalanan itu ditanggung oleh hasil penyelidikan dan bengkel-bengkel seliaan beliau.



Tuduhan promosi 'seks bebas'

Beliau juga mengkritik tuduhan beliau mempromosikan 'seks bebas' dengan mencadangkan pendidikan seks yang lebih holistik. Beliau berkata hal ini penting menunjukkan perangkaan yang didedahkan parlimen menunjukkan majoriti kes pembuangan bayi dari keluarga Melayu Islam.


"Seramai 700 bayi dibunuh kerana pembuangan bayi," katanya.


Syed Saddiq berkata beliau sukakan kajian dasar awam dan ia merupakan minat beliau sebelum melibatkan diri dalam politik.

Beliau mendakwa oleh kerana kerajaan Umno-BN menutup peluang pekerjaan seperti pensyarah sambilan, juru latih atau penyelidik terhadap beliau dalam negara, maka beliau terpaksa mencari sumber pendapatan di luar negeri.


"Tolong faham, saya perlu bayar bil saya seperti anda semua.

"Saya lebih rela hidup sederhana tapi bermaruah dan berintegriti, dari hidup kaya tapi hina sebagai perasuah dan pencuri," katanya lagi.

BERITA FITNAH YANG DIMAKSUDKAN TERSEBAR
Skandal Terbaharu Syed Saddiq?
AIDCNews -14/11/17-Satu poster di atas yang membabitkan Ketua Pemuda PPBM Syed Saddiq Abdul Rahman sedang tular di media sosial sejak semalam.
Syed Saddiq dikatakan tidur sebilik dengan seorang anak perempuan Menteri Besar Selangor di sebuah hotel di luar negara.
“TIDAK pelik..bapa borek anak rintik..parti ini wajib disokong untuk zina dan seks bebas!,”ulas Rafi Awg Kechik dalam Facebook.


IKLAN:
Imej yang berkaitan

'Bukan nak tutup periuk nasi orang kita di Australia' -Utusan Online

Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.

5 comments:

Anonymous said...

Dah lah mendukung geng makan suap. Bersekongkol pula dengan pemfitnah. Tobat lah bang aji.

mahligai seni said...

Assalamualaikum wbt. Adakah berita sedemikian bermanfaat kepada pembentukan ukhuwan Islamiah dan imej agama Islam? Jika ada, harap nyatakan. Jika tidak ada, usahlah disiarkan. Fikirlah, ya, tuan. Wassalam.

Anonymous said...

November 15, 2017 at 9:30 AM

2 perkara lu buat fitnah. Buktikan dengan fakta..

1. Tuduh 'Dah lah mendukung geng makan suap.' Buktikan.
2. Tuduh lagi'Bersekongkol pula dengan pemfitnah.'

Justeru bertaubatlah wahai pemfitnah haram jadah!

Anonymous said...

T. Kasih mahligai seni kerana membuka perbincangan.

Dalam berdakwah,

kita cerita fasal Islam, kita cerita pula fasal kafir.
Kita cerita fasal baik, kita cerita juga fasal maksiat.
Kita cerita fasal Nabi Musa, kita cerita juga fasal fir'aun.
Kita cerita fasal orang Islam, kita cerita pula fasal Yahudi/zionis
Kita cerita fasal Nabi Muhammad, kita cerita pula fasal Abu Lahab.
Kita cerita gelagat orang baik, kita gelagat orang yang tidak baik.

Adakah tuan berdakwah menceritakan yang baik saja? Sedangkan dalam Quran sendiri berulang-ulang disebut buruknya perangai Yahudi. Nama individu jahat Abu lahab pun disebut-sebut.

Dalam melayan dan menjawab kerenah yang didakwah, ikut keadaan. Ada kalanya perlu jawab berlembut, ada kalanya keras sikit, dan kadang-kadang tak perlu jawab.

Begitulah kira-kira. T.kasih, As-salamu 'alaikum.

Anonymous said...

Admin telah membuka ruang yang boleh membawa kepada penyebaran fitnah. Berita yang tidak sahih tambahan pula tiada langsung kesaksian walaupun yang tidak cukup bilangannya apatah lagi cukup, sebaiknya janganlah ditularkan. Sedarkah admin, bahawa anda telah memberi aib kepada insan lain tanpa kesaksian yang nyata? Akhlak islam tidak mengajar penganutnya membuat tuduhan rambang!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails