Thursday, November 16, 2017

Apa Jadi, Kini Rafizi Pengerusi PH & Presiden PKR..



INILAH ‘keistimewaan’ yang ada dalam pembangkang di negara kita. Walaupun mereka ada organisasi tetapi ianya sekadar untuk dicetak di atas kertas sahaja. Yang sebenarnya, sesiapa sahaja boleh ambil jawatan sesiapa untuk mengumumkan apa sahaja dasar atau polisi. 

Terlalu banyak kepala. Apabila kalah dalam pilihanraya, maka mulalah menyalahkan parti lawan. Pengundi hantu, tipu undi, dan macam-macam lagi. Ambil contoh dalam kes ini. Pengerusi Pakatan Harapan adalah Tun M. Tiba-tiba semalam Rafizi pula yang ambil alih jawatan itu. Apabila dia mengumumkan satu perkara yang sepatutnya diumumkan oleh Pengerusi PH. 

Selain mengambil alih jawatan Pengerusi PH daripada Tun M, Rafizi juga telah ambil alih jawatan Presiden PKR daripada Wan Azizah. Yang berkuasa memilih calon pilihanraya bagi PKR adalah Wan Azizah. Yang terjadi sekarang pula sebaliknya. Rafizi telah memilih calon-calon.

Kita di BN sebenarnya perlu bersyukur kerana adanya orang seperti Rafizi dalam kem musuh. Keberadaan dia disana banyak memudahkan kerja-kerja kita. Hilangnya Tan Sri Khalid Ibrahim dan hancurnya Pakatan Rakyat adalah melalui projeknya, Langkah Kajang. Selepas ini akan hancur pula Pakatan Harapan kerana satu projek yang bernama Rafizi Bayar Rafizi yang dikendalikan oleh Invoke dan KEIP.





Ada ke patut dia nak ajak Tun M dan Mukhriz isytihar harta ? Baru saja terdedah bagaimana kisah kekayaan dan kemewahan cucu yang mendapat hadiah bot dari bapa untuk mengelilingi dunia. Tak patutlah. Sudahlah kau hijack jawatan dia, kemudian nak minta dia isytihar harta pula. Marahlah dia.
Sekarang Rafizi nak kutip derma lagi untuk Invoke bagi membayar gaji pendahuluan untuk tahun depan ke ?
rizalmansor
Pegawai khas perdana menteri

IKLAN:
Imej yang berkaitan

'Bukan nak tutup periuk nasi orang kita di Australia' -Utusan Online

Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.

2 comments:

Cik Minah said...

Siapa RIZAL MANSOR ni.....................?????
Loyer, Hakim, doktor, bisnesman, pak menteri.............???????

Anonymous said...

hahahah..tuan hasyim!! tak ingat dalam kelambu sendiri hadi cakap lain TITM CAKAP LAIN..Biasalah di dunia ini tambah lagi kita amalkan demokrasi!!nak suruh rafizi duduk senyap!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails