Tuesday, November 14, 2017

Tarbiah Bogel, Peserta Ini Wajib Berbogel Depan Kamera Dulu.. Di M'sia?

Austria's Next Top Model


RANCANGAN Austria’s Next Top Model telah dikecam ramai selepas peserta pertandingan itu diberikan tugas mencabar, iaitu mereka perlu berbogel di depan kamera.

Peserta perlu berposing bersama model lelaki dengan masa yang diberikan ialah 15 minit. Seramai lapan peserta finalis dirakamkan gambar bogel itu oleh jurugambar terkenal, Katrin Schöning.

Bagaimanapun seorang peserta, Thersea Steinkellner, 21, menangis selepas disuruh berbogel. Manakala seorang lagi model, Sanda Gutic, 23, terpaksa dipujuk selepas tamat penggambaran.
Ia menyebabkan program itu menerima kecaman ramai dengan model berkenaan diselar sebagai bodoh kerana sanggup berbogel semata-mata untuk menjadi popular.
“Sangat sedih melihat wanita muda ini yang sanggup melakukan apa sahaja. Sangat menjijikkan….menyuruh model ini melakukan perkara ini. Memiliki badan yang cantik tapi terpaksa berbogel.
“Lima tahun akan datang, mereka akan menangis mengenangkan bagaimana lelaki mengambil kesempatan ke atas mereka dengan mempergunakan badan mereka, bodoh!!,’’ itu antara kecaman yang diterima di media sosial. 

Komen Weblog bnu Hasyim: Begitulah suatu proses pendidikan atau tarbiah bagaimana menelanjangkan seseorang wanita secara beransur-ansur dan akhirnya menjadi kebiasaan. 

Di Malaysia pun begitu juga, dulunya ramai gadis-gadis atau wanita kampung datang berkerja di bandar melalui kejutan budaya mula berubah pemikiran, pakaian, akhirnya menjadi macam orang barat, tetapi berwajah Asia. Kadang-kadang berfikir lebih barat dari barat. 

Itu juga proses menelanjangkan mereka. Dulu bertudung, berpakaian tutup aurat,  akhrnya terbarai bogel, 'berpakaian tapi bertelanjang'. Inilah sebuah kemalangan budaya yang berlaku di kalangan masyarakat orang Islam. 

Lebih parah lagi.... ada ajaran sesat yang disebut 'liberal' di kalangan orang yang mengaku Islam, tetapi membantah peraturan syariat Islam. Seperti peraturan khalwat, aurat, minum arak kencing syaitan, najis zina dan lain-lain.

Bagaimana jalan selesainya? Mudah saja, dalam PRU 14 ini, pilihlah Parti Islam Se Malaysia, PAS!


IKLAN:
Imej yang berkaitan

'Bukan nak tutup periuk nasi orang kita di Australia' -Utusan Online

Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.

5 comments:

Anonymous said...

Kalau sapa undi PAS habis ranap satu Malaysia, asyik berkecuali je dalam buat keputusan. Dengan pemimpin mulut longkang siap ada yang buat fitnah terang-terang dalam masjid dan FB dengan selamba dan tak serik-serik belajar dari kesilapan. Aku yang atas pagar ni pun dah meluat dengan korang.

PAS amalkan politik matang dan sejahtera?? Kepala Bapak Kau...

gedohom said...

kau jgn nak mengarut IH, suruh undi PAS dlm PRU14, pas pon bertanding bereapa kerusi aje, kalau,ulang lagi kalau menang semua kerusi yg ditandingi pon tak bolih bentuk kerajaan.cukup2lah kalau nak bodek parti pas ni pon.peeresedeng kaki ponteng ,mcm mana nak tadbir negara.kau pon dpt dedak juga ke IH.

Anonymous said...

November 14, 2017 at 10:38 AM

PAS menang 1 kerusi dulu pun boleh jadi MB?
PKR, tak menang semua kerusi pun, boleh jadi MB?
UMNO tak menang semua kersi pun boleh perintah M'sia?
Mahathir/Mukhlis belum apa-apa lagi pun nak jadi PM?
Kit Siang/g.eng pun nak jadi PM.
PAN mungkin tiada cita-cita nak jadi PM, cukup jadi barua DAP saja.
Anon di atas pun nampaknya macam balaci DAP juga. Nampak gambar macam kupiah putih, pegilah jilat pungkok lge..

Ha ha ha,belajar lagi politik, bodoh!

Samsul Hairi said...

IH ni dari dulu banyak post benda yang lucah-lucah je. Org cerita pasal rasuah, salah urus tadbir Negara, penyelewengan,...dia post cerita mengarut luar Negara. Passtu ada hati suruh org undi Partu Aku Suci. Saya dulu ahli PAS...sekarang tak lagi lah selagi banyak ularmak duniawi dalam PIS

Unknown said...

PAS yang blur dengan jantinanya samada pembangkang mahupun kerajaan dilihat seolah olah sedang mencari kepastian tentang gender nya.
Kemungkinan terlebih mirip kepada " kelompok "mak nyah" atau " manusia dua alam".Cahaya Al Majid.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails