Tuesday, November 14, 2017

Hotel Antarabangsa Di M'sia Perlu Hormati Menutup Aurat.-Dr Najihatusalehah



DEWAN Muslimat PAS Negeri Perak menggesa pengusaha-pengusaha hotel antarabangsa yang beroperasi di Malaysia agar menghormati amalan Islam, yang menghendaki wanita Islam menutup aurat secara sempurna.


Hotel-hotel ini telah mengenakan syarat bahawa penyambut tetamu yang berada di kaunter pendaftaran tidak dibenarkan mengenakan hijab seperti yang dilaporkan Malaysian insight.com, semalam.




Ketuanya, Dr Najihatusalehah Ahmad berkata, keuntungan dalam industri perhotelan bukanlah terletak kepada cara pemakaian penyambut tetamu tetapi adalah atas perkhidmatan keseluruhan yang diberikan oleh hotel tersebut.

Menurutnya, jika dilihat kepada tahap kepuasan pelanggan hotel yang dilakukan secara atas talian yang dibuat oleh Agoda.com atau Booking.com, tiada komen dari pelanggan hotel menyatakan tidak puas hati kerana pemakaian penyambut tetamu. Yang ada adalah bagaimana sikap keramahan, bersedia memberi bantuan atau penerangan yang diberikan kepada pelanggan hotel apabila memerlukan.

“Mutu perkhidmatan bilik-bilik penginapan dan kemudahan yang disediakan lebih menjadi keutamaan kepada pelanggan,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Kini, kata beliau banyak institusi pendidikan baik awam ataupun swasta menyediakan kursus-kursus perhotelan kepada lepasan SPM akan memberi peluang kepada anak-anak Malaysia untuk terlibat dalam industri perhotelan.

Paling dikesali, katanya jika pengusaha hotel berterusan mengenakan syarat larangan hijab kepada pekerja-pekerja hotel, akan membantutkan impian lulusan bidang itu khususnya pelajar wanita muslim untuk bekerja sebagai penyambut tetamu di hotel-hotel besar.

“Saya ingin menyeru pengusaha hotel-hotel di Malaysia supaya membawa suara rakyat Malaysia yang 65 peratus rakyatnya adalah agama Islam ke dalam persatuan mereka.. Supaya mengecualikan amalan larangan tersebut ke atas hotel-hotel antarabangsa yang terdapat di Malaysia,” ujarnya lagi. – HARAKAHDAILY 12/11/2017


IKLAN:
Imej yang berkaitan

'Bukan nak tutup periuk nasi orang kita di Australia' -Utusan Online

Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails