Saturday, November 11, 2017

Punca Banjir S/Perai, G/Eng Salahkan Kedah.. Tuntut Bayaran. -MB Kedah.


ALOR SETAR: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng disifatkan sengaja berhelah dengan menyalahkan Kedah dalam isu banjir di negeri itu bagi meredakan kemarahan rakyat terhadapnya.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, berkata sebagai pemimpin Guan Eng seharusnya bertanggungjawab terhadap amanah yang diberi dan bukannya menuding jari kepada orang lain.
Mengulas lanjut beliau berkata, Guan Eng sepatutnya menguruskan masalah itu dengan memperbetulkan kesilapan berikutan masih mempunyai ruang dan masa untuk berbuat demikian.
"Saya faham kegusaran yang dialami Guan Eng kerana banjir yang berlaku ini agak luar biasa bagi Pulau Pinang...ini mungkin perkara baru bagi beliau.
"Sejujurnya saya tidak berminat untuk ikut campur dalam hal pentadbiran Pulau Pinang apatah lagi hal membabitkan projek pembangunan yang dikatakan sebagai antara punca banjir luar biasa ini terjadi.
"Biar lah Guan Eng uruskan sendiri jika ada yang silap boleh diperbetulkan... begitulah juga kita semua yang diberi amanah yang besar ini, " katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Guan Eng yang menyalahkan Kedah sebagai punca banjir di kawasan Seberang Perai masih belum surut.
Guan Eng berkata, banjir di Seberang Perai Utara (SPU) dan Seberang Perai Tengah (SPT) sepatutnya sudah surut lebih awal, namun berlarutan kerana limpahan air dari negeri jiran itu.
Guan Eng turut mempersoalkan sama ada Kedah akan membayar Pulau Pinang terhadap limpahan air berikutan negeri itu terpaksa berbuat demikian bagi bekalan air.
Mengulas mengenai perkara itu, Ahmad Bashah berkata, Guan Eng sebelum ini langsung tidak mahu berbincang soal bayaran untuk sama-sama melindungi dan memelihara kawasan tadahan air di Ulu Muda di Kedah.
"Ia bukan bayaran untuk bekalan air tetapi komitmen bersama untuk melindungi dan memelihara kawasan tadahan air berkenaan.
"Jadi bagaimana pula timbul soal bayaran kepada kerajaan negeri Kedah dengan jumlah tertentu sebelum ini?" katanya.
Ahmad Bashah turut meminta rakyat Pulau Pinang supaya bersabar dengan bencana banjir yang menimpa ini. (BH)

Komen Weblog Ibnu HasyimLima hari selepas Pulau Pinang dilanda banjir yang disifatkan antara terburuk dalam sejarah, KM PP mengumumkan pelancaran "Pulau Pinang Bangkit" dengan peruntukan RM100 juta untuk membina semula negeri itu, serta bantuan RM500 kepada 100,000 isi rumah yang terkesan dengan musibah yang menimpa.

"Pulau Pinang Bangkit" adalah projek menaikan semula imej DAP yang terjejas teruk akibat siri banjir kilat yang berulang-ulang sepenjang tahun ini. Ada pula yang bertanya..
"Sekadar nak tanya tentang pemberian RM400 secara “one-off” kepada mangsa banjir yang mengalami kerugian akibat kerosakan bangunan dan kenderaan ekoran banjir pada 15 September 2017 lalu telah sempurna ke?
"Walaupun bayaran itu bukan “precedent”seharusnya diselesaikan sebelum janji baru RM500 untuk 100k isi rumah. Jangan nak kejar publisiti dan menaikan imej DAP, kebajikan pendudukan yang menjadi mangsa terabai."
IKLAN:

Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.

7 comments:

Nobody said...

Admin,

Banjir empat tahun lepas ada lagi rakyat tak ada rumah kenapa kau tak tanya pulak???

Islam ni agama yang adil. Kau tanya satu pihak kau sepatutnya tanya satu pihak yang lain!!!

Kau ni blogger, dah tua pulak tu, boleh tak kau jadi agen memperbaiki negara dan rakyat daripada kau mengadu-domba. Orang lain kau persoalkan, orang kau sendiri kau cover!!!

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2015/09/kata-pedang-bukti-bukti-dap-anti-islam-semakin-viral/

KATA PEDANG: Bukti-Bukti DAP Anti-Islam Semakin Viral

APABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:

Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang

Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.

Terpulanglah kepada para pembaca untuk menilai bukti-bukti tersebut. Hakikatnya, Islam adalah suatu sistem cara hidup yang mencakupi amalan rohani peribadi sehingga kepada sistem keadilan, sosial, ekonomi dan politik.

DAP tidak boleh mengehadkan Islam hanya kepada amalan peribadi dan paling tinggi ekonomi sedangkan menolak juzuk-juzuk Islam yang lebih menyeluruh yang menyentuh isu kenegaraan, perundangan, politik dan pelbagai aspek dalam kehidupan.

Nobody said...

Hahahaha, ambil web Isma!!!

Aku dah jawab dulu pulak tu hahahaha!!! Rupa-rupanya inilah mamat/(minah kot, tapi tak kisahlah tetap bodoh) Benda yang aku boleh jawab yang dikitar semula hahahaha!!! Aku ingatkan berilah fakta yang susah nak jawab, jenuh buka tafsir al-Quran (bukan terjemahan tau), kiatb al-Um karangan Imam Syafie ke, Al-muwatta karangan imam maliki ke, ihya ulumuddin karangan Imam al-Ghazali ke, atau fathul bari ke, ataupun karang imam Azzahabi ke, imam Annawawi ke, Assayuti ke, ibnu Khaldun ke, laman web Isma hahahahahha!!!!

Terlalu bodoh dia ni.

Aku dah pernah jawab jadi aku jawab yang menonjol je hahahah. Tunggu di bawah.

Nobody said...

Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

Jawapan : Demokrasi sekular, apa yang bercanggah dengan perkara 3 perlembagaan. Kau dah check ke perkara 3 ke perkara 11??? Kalau bercanggah dah tentu DAP tidak dibenarkan ditubuhkan!!! Kau dah check perlembagaan parti Ikatan, PCM, PSM, MCA, MIC, Gerakan, PKR dan sebagainya??? Adakah demokrasi sekular melarang mengamalkan Islam sebagai cara hidup???

Demokrasi sendiri bermaksud diperintah oleh rakyat. Rakyat bebas menentukan selari dengan perlembagaan. Ilmuwan Islam Ibnu Khaldun, adalah bapa sekular dunia, kau nak cakap Ibnu Khaldun anti Islam???

Parti AKP pimpinan Erdogan apa perlembagaannya??? Bukan demokrasi sekular ke??? Habis tu PArti AKP tu anti ISlam ke??? Kenapa Islam berkembang dengan pesat di Turki???

Di Eropah, sekarang ini Islam adalah agama yang paling pesat berkembang, bukan mereka ni demokrasi sekular ke??? Adakah mereka tu anti Islam???

Mesir pelembagaannya ada sebut Al-Quran dan Assunnah. Jadi Mesir tu pendokong Islamlah ikut tafsiran kau??? Habis tu kenapa ulama dan pemimpin pro Islam seperti Morsi, Mohamed Badie, Mohamed Soltan dan lain-lain ditangkap dan ada yang dihukum bunuh. Rakyat mati kena tembak.

Habis tu ikut kau sebab perlembagaan Mesir ada al-Quran dan Sunnah, mereka tu pendukung Islam, AKP yang demokrasi sekular anti Islam???

Anti ISlam tu merujuk kepada perlembagaan ke perbuatan dan tindakan???

Kau ni kenapa dah jadi bodoh sangat main petik je tanpa usul periksa???

Memang walaon kena jadi bodoh ke???

Nobody said...

Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

Jawapan : Yang ni lagi best. menunjukkan kau ni memang betul-betul tolol!!! Tadi kau cakap DAP demokrasi sekular, sekarang kau cakap sosialis sekular, mana satu yang betul???

Yang pasti otak kau yang tak betul hahahahaha!!!!

Bodoh punya walaon, main petik je, buat apa aku nak jawab entah. Dia sendiri pun tak baca hahahaha!!!

Kenapa lah walaon ni bodoh sangat!!!

Jadi walaon agaknya kena jadi bodoh!!!

Nobody said...

Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

Jawapan : Sekarang dah terdedah kenapa ramai orang menentang hudud PAS!!! Hadi baca RUU355 lepas tu tangguh. Punyalah tak lengkap apa yang hadi baca sehingga kalau kau ajar anak kau baca al-Quran kau boleh dikenakan hukuman RM100,000. Orang tabligh baca kitab di surau atau masjid boleh dikenakan 100 kali sebatan!!!

Yang tu anti Islam ke anti bodoh nak mampos???

Nobody said...

Lain kali jelah aku jawab pasal tuduhan laman web Isma yang tak ada kredibiliti tu. Senang sangat!!!

Contohnya, DAP menolak pengisytiharan negara Islam, betulkah negara kita ni negara Islam??? Ke tujuan untuk mempermainkan agama untuk tujuan politik macam apa yang PAS buat??? Cakap pasal Islam rupanya makan duit haram hahahaha!!!! Doa Jahanam PAN, PAS sendiri yang jahanam kena ribut hahahahaha!!!

Doa tak makbul, banyak buat kerja mungkar. Hati dah hitam!!! Doa dan munajat isu saman Nizar pun kalah juga hahahaha!!!

Kau sebut satu je ayat al-Quran berkenaan negara Islam ada tak???

Budak-budak bodoh memang macam ni, main petik je lepas tu gagal hahahah!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails