Wednesday, November 08, 2017

Banjir, Melayu Selamatkan 'nyawa' Cina, Itulah Islam. Al-hamdulillah!


SAPNO (kanan) membantu Kam Chiok Kee, 63, (tengah) dan Lee Swee Cheng mengemas rumah di Lengkuk P Ramlee, Pulau Pinang. - Foto Shahnaz Fazlie Shahrizal

'Terima kasih encik bilal'


GEORGETOWN: "Mulanya saya sebagai Cina rasa ragu-ragu juga, tapi encik bilal cakap nyawa lebih penting, tak boleh tunggu lagi."
"Jadi, kami semua termasuk orang tua dan budak terus masuk ke dalam surau," kata Lee Swee Cheng, 50, penduduk di Lengkuk P Ramlee, antara mangsa banjir yang ditumpangkan di surau Taman Free School di sini, kerana rumah mereka dinaiki air, Ahad lalu.
Beliau berkata ketika banjir melanda kira-kira jam 2 pagi itu, arus sangat kuat dan mereka bernasib baik kerana bilal surau terbabit, Sapno Tukijo, 50, menghulurkan bantuan.
"Nasib baik encik bilal menolong kami ketika itu. Dia (bilal) sedaya upaya membawa kami menyeberang jalan dengan mengikat tali untuk ke tokong di seberang jalan.
"Namun, arus deras menghalang pergerakan kami dan encik bilal akhirnya menyuruh kami menumpang di surau buat sementara waktu," katanya.
Menurutnya, mereka tinggal berjiran dengan Sapno dan semua penduduk di kawasan itu memang mengetahui yang bilal berkenaan suka membantu.
"Dia memang jiran yang baik hati, peramah dan mudah membantu orang lain.
"Saya sangat berterima kasih kepadanya kerana sudi membantu kami ketika banjir yang mencecah paras dada melanda kawasan rumah," katanya. (BH)
Komen Weblog Ibnu Hasym: Tragedi banjir dan peristiwa 'Terima kasih encik bilal', membuktikan bahawa jika sesorang itu berjiwa Islam, tidak ada perasaan perkauman bangsa-bangsa anti Cina, anti India, dalam dirinya. 

Bahkan Encik Bilal sanggup menyelamatkan nyawa orang lain yang bukan bangsanya, dengan tidak mementingkan dirinya sahaja. Itulah contoh Islam yang baik. Alihamdulillah!
Lihat lagi..

Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.

4 comments:

Cik Minah said...

Memang mulia hati bilal itu tapi dia teruk dikecam teruk oleh Zamihan and his Taliban gang. Katanya, dalam apa situasi sekalipun, perkara ni tak patut berlaku!!!!!
Dia kata, pihak pengurusan mesjid itu patut ingatkan orang-orang kapir yg bertedoh dalam surau tu menjaga tata tertib, adat susila masuk mesjid. Agaknya dia marah orang-orang
tu melenging dan ada yang baring.
HAHAHA.....lari sehelai sepinggang dalam arus deras, mana sempat nak bawak beg kain baju. Dalam kesejukan melengging dan tertekan, di suruh duduk dengan tertib!!!!!!
Agaknya kalau benda ni berlaku kat si Zamihan ni dan tempat paling dekat untuk berpaut hanya sebuah KULIL, dia sanggup mati daripada masuk kuil itu!!!!!
Kata geng-geng Taliban REDHA jelah, kalau mati pun semuanya Qadak & Qadar!!!
Tak sedar ke dia, dia ada pilihan untuk hidup.....???
Kalau dah pilih mati daripada berteduh di kuil, itu bunuh diri namanya.
Kan Allah marah umat manusia bunuh diri.

errol said...

A very good example of the humanitarian side of a good Muslim! Thank you for showing us that not all Muslims are Talibans like Zamihan. You have earned our respect! Keep up the good work, dear Bilal, we trust you can show the world that Islam is not what the extremists portrayed it to be. Islam as we know is about love, tolerance and respect for others who may not share the same faith. Let's work together to make this world a better place, for peoples of all races and of all faiths!

Anonymous said...

Chandra
I am touched by En. Bilal act of concern for people. He has shown what is islam all about. A great soul you are En. Bilal. Thank you

kamarul ghazali said...

Salam, hairan kenapa bila orang ialam bercakap mesti berbunyi kaum? Melayu selamatkan cina? Bukankah sebenarnya ISLAM yang selamatkan melayu, cina, india dan lain2? Kan ALLAH yang buat semua tu dan Allah tak pernah bezakan taraf manusia berdasarkan kaum, kita semua sama, bezanya disisi Allah cuma siapa yg paling bertakwa. Tak kira kaum..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails