Monday, November 06, 2017

Taman Negara PP Pun Ditutup Akibat Cuaca Buruk.

Hasil carian imej untuk taman negara Pulau Pinang

TELUK BAHANG - Taman Negara Pulau Pinang (TNPP) terpaksa ditutup sementara bagi kerja-kerja pembersihan dan penyelenggaraan akibat ribut yang berlaku awal pagi tadi sehingga menyebabkan banyak pokok tumbang di sepanjang laluan rentis serta di tapak khemah.
Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, pelawat dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang lawatan ke TNPP dalam tempoh terdekat dan memasuki kawasan rentis serta laluan laut.
Hasil carian imej untuk taman negara Pulau Pinang
Hasil carian imej untuk taman negara Pulau Pinang
"Pelawat juga tidak dibenarkan menjalankan aktiviti berkhemah dalam keadaan cuaca yang tidak menentu demi menjaga keselamatan diri dan diminta mematuhi segara arahan semasa yang dikeluarkan oleh Penguasa," katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.
Menurutnya, sebarang maklumat terkini boleh diperoleh daripada pihak berkuasa dan agensi berkaitan.
Sementara itu, perkhidmatan kereta api Bukit Bendera turut dihentikan buat sementara waktu. - K! ONLINE

Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails