Tuesday, November 07, 2017

Dr Kamarul Zaman: Pengajaran Untuk L/Guan Eng


Perkara pertama yang terlintas dalam fikiran saya bila mendapat tahu bahawa Pulau Pinang sedang ditimpa musibah banjir yang teruk, selain merasa sangat simpati dengan nasib rakyat Pulau Pinang dan mendoakan keselamatan mereka, adalah mengenai beberapa kata-kata keras Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, ke atas Kerajaan Persekutuan serta ke atas PAS dan Kerajaan Kelantan sebelum ini.
Masih terngiang-ngiang lagi dalam fikiran saya video ucapan Lim Guan Eng, dalam usaha beliau untuk meminta dana dari Kerajaan Singapura, pada 10 Disember 2014 bahawa Kerajaan Persekutuan tidak pernah memberi walau satu sen pun untuk membantu Pulau Pinang selama ini. Walhasilnya, bila Pulau Pinang ditimpa musibah banjir besar, Kerajaan Persekutuan juga, dan bukannya Kerajaan Singapura, yang dicari oleh Lim Guan Eng untuk memohon bantuan.
Lihat video ucapan Lim Guan Eng (yang berbunyi: “Have you been back to Penang? Go back to Penang and see for yourselves. Remember, not a single cent from the Federal Government.” (“Sudahkah kamu balik ke Pulau Pinang? Balik ke Pulau Pinang dan lihat sendiri. Ingat, tiada satu sen pun dari Kerajaan Persekutuan.”) ini di sini:Masih terngiang-ngiang juga dalam fikiran saya video ucapan Lim Guan Eng pada 30 Januari dan 7 Februari 2017 bahawa PAS adalah sebuah parti yang gagal, manakala Kelantan adalah sebuah negeri yang gagal, kerana kononnya gagal menguruskan negeri dengan baik sehingga menyebabkan berlakunya banjir besar dan kerana kononnya gagal menguruskan banjir besar itu. Walhasilnya, Pulau Pinang juga ditimpa banjir besar yang gagal diurus dengan baik.
Lihat video ucapan Lim Guan Eng (yang berbunyi: “Mengapa tak mahu lawan rasuah? Adakah kerana di negeri tertentu ada rasuah jugak? Kita tahu banjir berlaku, banjir teruk berlaku kebelakangan ini kerana negeri telah ditarah dan ditebang 100,000 hektar hutan. Mengapa tak jawab? Mengapa tak jawab? Yang parti warnanya hijau tak hijau. Mengapa tarah hutan 100,000 hektar menyebabkan banjir boleh jadi lagi teruk? Adakah uruskan ekonomi dengan baik? Mampukah bayar kakitangan kerajaan atau betulkah tak ada wang untuk bayar kakitangan kerajaan sehingga kena pinjam daripada Kerajaan Persekutuan? Ini adalah negeri yang gagal, negeri yang sudah bankrap, itu sebab pemimpinnya bankrap.”) ini di sini:
Lihat juga video ucapan Lim Guan Eng (yang berbunyi: “PAS adalah sebuah sebuah parti gagal. Dia mentadbir sebuah negeri gagal dan bankrap di negeri Kelantan di mana rakyat tetap miskin dan mundur di mana mangsa banjir tiga tahun masih belum dapat rumah di mana hutan telah ditebang 100,000 hektar, bukan ekar, 100,000 hektar hutan telah ditarah dan ditebang kerana mereka tak ada sumber wang yang lain mereka nak dapat hasil hutan, dan sekarang orang asli pun diharam, ini adalah negeri gagal.”) ini di sini:
Bila Lim Guan Eng mendakwa PAS sebuah parti yang gagal, manakala Kelantan pula sebuah negeri yang gagal, kerana kononnya gagal menguruskan negeri dengan baik sehingga menyebabkan berlakunya banjir besar dan gagal menguruskan banjir besar itu, apakah DAP juga tidak boleh dikatakan sebuah parti yang gagal, manakala Pulau Pinang pula sebuah negeri yang gagal, kerana gagal menguruskan negeri dengan baik sehingga menyebabkan berlakunya banjir besar dan kerana gagal menguruskan banjir besar ini?
Semoga musibah banjir besar di Pulau Pinang ini mampu mengajar Lim Guan Eng supaya jangan suka cakap besar.
Dr Kamarul Zaman Yusoff,
Pengarah, Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN),
Universiti Utara Malaysia.

3 comments:

Cik Minah said...

BERITA YANG SUKAR LEBAI-LEBAI NAK PERCAYA.
MESTI NAK SAMAKAN JUGA DENGAN SEBAB BANJIR DI KELANTAN.BARULAH TERASA 'MENANG'!

Fenomena Fujiwara punca banjir di Pulau Pinang

KUALA LUMPUR: Fenomena Fujiwara iaitu dua taufan berbeza melanda kawasan berdekatan dikenal pasti sebagai punca hujan lebat berterusan yang mengakibatkan banjir di Pulau Pinang pada Sabtu lalu.

Pakar Oceonagrafi Universiti Malaya, Profesor Datuk Dr Azizan Abu Samah berkata dua taufan tersebut adalah taufan Damrey yang melanda Vietnam dan taufan yang lebih kecil di Teluk Siam.

“Taufan yang kecil ini yang menghasilkan angin kencang di Pulau Pinang pada Sabtu. Seperti yang boleh kita perhatikan dalam laman web cuaca dunia sepertinullschool.com, taufan kecil ini sudah pun beralih ke Teluk Siam semula selepas melalui Pulau Pinang. Malah ia sedang menguat,” katanya.

Azizan berkata taufan Damrey kini sudah telah menghilang namun taufan kecil di Teluk Siam masih berada di sana pada kelajuan hampir 54 kilometer pada petang Selasa.

Tambahnya di Sarawak juga, sebuah vorteks kecil dapat dilihat yang akan membawa hujan lebat di negeri itu.

Jelasnya, kewujudan dua taufan pada masa yang sama ini menyebabkan fenomena cuaca yang dipanggil Fujiwara berlaku.


Anonymous said...

T.kasih cik Minah!

Soal banjir, apa dan bagaimana jenis pun, ia dari Allah.. takde apa-apa. Kita hadapi.
Soalnya, pemimpinnya cakap besar, sombong, tak mahu dengar nasihat teman-teman dan pakarnya sendiri.

Kerana degilnya,timbulpula masalah tanah runtuh. Ya, sila selesaikan secara gentleman, walaupun terpaksa jilat ludah balik. uewek!!! Dilapor banyak ADUN tak melawat kawasan.

Ertinya kepala cicak biangnya yang tak sedar diri itu sudah penyet terapit dicelah pintu, yang bunyi bising itu sekarang itu ekornya, yang sudah terpisah dari kepala dan badan, terkodek-kodek menggelupur macam masih kuat.

Oleh itu, rakyat kena hukum mereka, tolaklah DAP dalam PRU14 akan datang. Ajar mereka sikit.

Anonymous said...

Cik Minah.

Boleh tanya sedkit? Kata Cik Minah, "BERITA YANG SUKAR LEBAI-LEBAI NAK PERCAYA.
MESTI NAK SAMAKAN JUGA DENGAN SEBAB BANJIR DI KELANTAN.BARULAH TERASA 'MENANG'!"

Lebai macam mana maksud cik Minah? Kalau lebai PAS tak begitu. Tolong buktikan, supaya jangan jadi fitnah.

Barangkali lebai DAP atau UMNO kot. La ni DAP pun ramai lebai. Lebai sangkut, sangkut kerana fulus!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails