Monday, November 06, 2017

7 Maut Termasuk 1 Sangkut Di Pintu Stadium..


 Kakitangan bomba dan penyelamat menyelamatkan mangsa banjir di Georgetown, Pulau Pinang, Malaysia. - Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
GEORGETOWN: Tujuh maut akibat banjir yang melanda seluruh Pulau Pinang setakat jam 10 malam tadi.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar, berkata seramai enam mangsa maut akibat lemas ditemui sekitar daerah Timur Laut.
Katanya, mangsa dikenali sebagai Chew Eng Lean, 78; Amanullah Shahib Kalandir, 75; Lau Guek Jee, 64; Chong Sin Thon, 95; dan Tan Ah Peow, 45.
"Bagaimanapun identiti mangsa keenam yang dijumpai petang tadi, tersangkut di pintu jualan tiket Stadium Bandaraya masih belum dikenal pasti.
"Semua mayat dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi proses pengecaman dan bedah siasat dengan jenazah Amanullah sudah dituntut waris," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Seorang lagi mangsa iaitu lelaki warga Bangladesh maut akibat dihempap pokok dalam kejadian di Kampung Perlis, Butterworth pagi tadi.

Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails