Sunday, November 05, 2017

Ambiga Semai Kebencian &Undang Campur Tangan Asing – Dr Kamarul


Kuala Lumpur: Pengarah Institut Kajian Analisis Politik Malaysia (MAPAN), Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata sasaran sebenar Dato’ Ambiga Sreenevasan dalam isu pemberian dana kepada pimpinan PAS sebanyak RM 90 juta ialah Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak.

“Jika diteliti kandungan kenyataan pembelaan Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown berbunyi, “Ambiga Sreenevasan telah memberi kepastian bahawa Najib Razak telah menggunakan kombinasi polisi dan kewangan, dalam memberi sokongan kepada agenda Islam PAS sambil membeli sokongan dengan politik wang seperti biasa, menyalurkan duit kepada pegawai kanan sepertimana beliau melakukannya dengan sekutunya yang lain.”, jelas bahawa sasaran asal Dato’ Ambiga sebenarnya bukanlah PAS, tetapi adalah Dato’ Sri Najib Razak.” 


Tambah Dr Kamarul Zaman, sewaktu berucap di dalam persidangan anjuran SUHAKAM dan Kofi Annan Foundation di Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel pada 2 dan 3 September lalu, Dato’ Ambiga terang-terang cuba menyemai kebencian terhadap kerajaan dengan mendakwa sistem pilihan raya di Malaysia tiada akauntabiliti (zero accountability) kerana tiada kerahsiaan undi, tiada kebebasan media serta tiada institusi kerajaan yang kukuh dan bebas. 

“Antara ayat-ayat yang Dato’ Ambiga gunakan untuk membuat dakwaan bahawa sistem pilihan raya di Malaysia tidak bebas dan tidak adil adalah “Buat masa ini tidak ada pertanggungjawaban”, “Kerahsiaan pengundian adalah sesuatu yang kita dapati tidak wujud di sini”, “Kita tidak mempunyai media bebas di sini”, “Kita tidak mempunyai institusi berkuasa yang bebas di sini” dan “Kita tidak mempunyai badan pemantau pilihan raya yang bebas di sini”.” 

Selain daripada itu, Dr Kamarul Zaman turut menukilkan kata-kata Dato’ Ambiga yang menyebarkan dakwaannya bahawa pilihan raya di Malaysia dilaksanakan dengan kotor dan tidak adil. 

“Bercakap di hadapan bekas pemimpin dan badan NGO luar negara, Datuk Ambiga juga menyebut “Kami sedang berdepan dengan satu tembok batu di Malaysia, sehubungan dengan pilihan raya” kerana, kata beliau, Pilihan Raya Umum Ke-13 dijalankan secara kotor dan Pilihan Raya Umum Ke-14 akan lebih teruk.” 

Menurut Dr Kamarul lagi, Dato’ Ambiga juga menyeru bekas pemimpin dan badan NGO luar negara untuk mempertimbangkan cadangan beliau supaya mereka campur tangan dalam urusan pilihan raya di Malaysia dengan cara mengadakan satu Tribunal Tetap Rakyat mengenai pilihan raya bebas dan adil supaya ada pertanggungjawaban yang boleh diukur ke atas setiap negara dalam ASEAN atau dalam rantau Asia Tenggara berhubung dengan pilihan raya. 

Dr Kamarul Zaman membangkitkan persoalan berkenaan dakwaan-dakwaan yang dibuat oleh Dato’ Ambiga walaupun, beliau (Dato’ Ambiga) tidak mengemukakan apa-apa bukti. 

“Clare adalah orang asing, dan jika secara terbuka sekalipun Datuk Ambiga boleh meminta pihak asing campur-tangan di dalam urusan pilihan raya di Malaysia, maka apa lagilah percakapan yang dibuat secara tertutup. Dan jika secara terbuka sekalipun Dato’ Ambiga tidak menyertakan bukti bagi menyokong tuduhan beliau mengenai keterukan perjalanan pilihan raya di Malaysia. 

Maka apa lagilah tuduhan yang dibuat secara tertutup?” (Menara.my)



giant-hypermarket5 Pasaraya Giant 
Akan Ditutup Serentak 5 November Ini..
Ini Solusi pekerjanya!
Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails