Tuesday, November 07, 2017

Filipina Berkas Isteri Ketua Militan.



AGENSI - GAMBAR menunjukkan Minhati yang ditahan oleh pihak berkuasa Filipina.


MANILA – Pasukan keselamatan Filipina semalam menangkap isteri kepada ketua militan Maute, Omarkhayam Maute yang merancang dan mengetuai serangan ke atas bandar Marawi, kata pihak berkuasa.
Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mengisytiharkan Marawi bebas daripada penguasaan pemberontak Maute pada bulan lalu. Omarkhayam mati dibunuh pasukan keselamatan Fili­pina.
Ketua Polis Filipina, Ronald dela Rosa berkata, bahan untuk membuat bom turut dirampas daripada wanita berkenaan, Minhati Madrais, seorang warga Indonesia, yang berada bersama enam anaknya semasa pasukan keselamatan menyerbu rumah mereka di bandar Iligan.
“Kesemua anaknya masih di bawah umur, mereka akan diserahkan kepada jabatan kebajikan masyarakat,” kata dela Rosa.
Tambahnya, Minhati yang dikenali sebagai Baby, merupakan antara lebih 100 individu yang ditahan selepas Duterte mengisytiharkan undang-undang tentera di selatan Filipina pada 23 Mei lalu.
Pasport milik Minhati juga didapati telah tamat tempoh.
Dalam pada itu, bunyi tembakan masih kedengaran di Marawi semalam, hampir dua minggu selepas operasi tentera ditamatkan, kata seorang komander pasukan tentera, Kolonel Romeo Brawner kepada pemberita.
“Kami masih memburu pengacau,” katanya sambil menambah, kemungkinan terdapat 39 militan masih bersembunyi di bandar yang musnah itu berdasarkan maklumat daripada militan Indonesia yang ditahan.
Komander tentera Filipina, Leftenan Jeneral Rey Leonardo Guerrero berkata, beliau akan bekerjasama rapat dengan Indonesia dan Malaysia untuk meningkatkan kawalan laut dan udara di sepanjang sempadan yang menjadi lokasi serangan dan kes penculikan.
“Kami berhasrat untuk meningkatkan kekerapan rondaan yang diselaraskan bersama dengan jiran-jiran di Asia Tenggara bagi menamatkan kegiatan lanun dan serangan militan di kawasan laut yang berbahaya,” katanya. – Reuters



Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails