Thursday, November 09, 2017

Menteri Britain Akan Dipecat Kerana Adakan Runding Haram Dengan Israel.



LONDON – Menteri bantuan Britain berdepan pemecatan semalam kerana mengadakan pertemuan tanpa kebenaran di Israel sekali gus menjadi anggota Kabinet terbaharu terperangkap dalam skandal yang menggugat kerajaan pimpinan Perdana Menteri Theresa May.
May memanggil pulang Se­tiausaha Pembangunan Antarabangsa, Priti Patel dari lawatannya ke Afrika bagi memberikan penjelasan tentang rundingannya dengan beberapa ahli politik Israel yang mana beliau menimbulkan kemungkinan Britain akan mengalihkan bantuan kepada tentera Israel.
Patel membuat permohonan maaf pada Isnin lalu kerana mengadakan 12 mesyuarat berasingan termasuk bersama Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu semasa beliau bercuti bersama keluarganya di Israel pada Ogos lalu tanpa terlebih dahulu memaklumkan kepada Kementerian Luar ataupun Downing Street.
Patel meninggalkan London kelmarin untuk lawatan tiga hari ke Uganda, namun sumber kerajaan memberitahu agensi berita AFP bahawa beliau pulang atas permintaan May.
Sekiranya beliau dipecat, Patel bakal menjadi menteri Kabinet kedua meninggalkan kerajaan pimpinan May dalam tempoh seminggu.
Sebelum ini, Michael Fallon meletak jawatan sebagai Setiausaha Pertahanan susulan dakwaan beliau melakukan gangguan seksual. – AFP


IKLAN:

Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.


Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails