Sunday, November 05, 2017

Pura-Pura Tanya &Rogol.. Teknik Penjenayah, Mengapa Biar?



PETALING JAYA: Seorang gadis yang juga penuntut di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Shah Alam menjadi mangsa samun dan rogol seorang lelaki yang berpura-pura bertanyakan arah jalan malam Khamis.

Menurut paparan skrin aplikasi WhatsApp yang tersebar di laman Facebook, mangsa dikatakan berseorangan ketika sedang menghala ke sebuah hentian bas sebelum didatangi suspek.

Menurut laporan sebuah portal berita, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat dipetik sebagai berkata, suspek berpura-pura bertanyakan arah jalan kepada mangsa sebelum mengacukan pisau dan menarik mangsa ke dalam kereta.

Mangsa kemudiannya dibawa ke kawasan kilang berhampiran sebuah pangsapuri di Seksyen 7, Shah Alam dan dirogol sebelum ditinggalkan bersendirian.
Antara mesej yang tersebar menerusi aplikasi WhatsApp berhubung insiden itu.

Jelas Shafien, kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 8.30 malam Khamis.
Selain merogol mangsa, Shafien berkata suspek turut merampas wang tunai RM100 dan telefon bimbit pelajar wanita itu.

"Mangsa turut dibawa ke Hospital Shah Alam untuk pemeriksaan lanjut dan satu pasukan khas kini sedang memburu suspek," katanya.

Shafien berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu merogol, Seksyen 392 dan 397 kanun sama, iaitu merompak dengan bersenjata serta cuba menyebabkan kematian atau cedera parah.

Mangsa dengan dibantu kakaknya membuat laporan di Balai Polis Seksyen 9, Shah Alam selepas kejadian.

Malah, insiden berkenaan turut tersebar melalui aplikasi WhatsApp sejak malam Khamis.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kemenangan rakyat Kelantan dalam manifesto PASnya sebelum itu, telah bersetuju dengan perlaksanaan undang-undang Islam di Kelantan, termasuk hudud. Tetapi dihalang oleh pimpinan UMNO dari Pusat Tun M, PM waktu itu, dengan berbagai alasan yang tidak menasabah.

Pada saya, memang Tun M sebenarnya pengkhianat agama. Beliau menghalang perlaksanaan sisten jenayah Islam yang terbukti berjaya membendung jenayah di dunia, dulu (lihat sejarah kebangkitan Islam di Mekah), kini (Saudi, Brunei, dan beberapa lagi) dan selamanya (kerana ada jaminan dari Allah SWT.)

Maka mengapa dibiar sepi begitu saja? Mengapa masih dibiarkan 'undang-undang ciptaan manusia' yang gagal mentarbiah manusia berleluasa di negara ini? Kembalilah kepada Islam, termasuk parti dan politik matang Islam, satu jalan keluar ke arah penyelesaian sosial seperti rogol, perlecehan seksual, rompak, rasuah dan lain-lain.

Senang saja melaksananya, mudah, UNDILAH PAS dalam PRU 14 akan datang!


giant-hypermarket

5 Pasaraya Giant Akan Ditutup Serentak 5 November Ini..
Ini Solusi pekerjanya!
Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails