Saturday, December 23, 2017

PH Lebih Sibuk Rebut Calon PM Dari Menegakkan Islam... -Abd Hadi


PAS menempelak tindakan pihak tertentu yang lebih mengutamakan calon Perdana Menteri, selain pembentukan Kabinet bayangan jika mereka konon menang pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Tanpa merujuk kepada mana-mana pihak, Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata tindakan pelik kumpulan tersebut adalah bercanggah dengan adab yang dibawa oleh Rasulullah SAW sendiri.
Beliau berkata, adab Islam menyaksikan Nabi Muhammad SAW tidak berjuang kerana mengejar jawatan, sebaliknya menegakkan Islam berkonsepkan mendahulukan pembangunan insan yang beriman, berilmu dan berakhlak.
“Ia juga bukannya sekadar ekonomi sahaja atau melahirkan tokoh tanpa iman, ilmu dan akhlak. Maka, PAS tidak mendahulukan pembentukan Kabinet atau lantik siapa bakal Perdana Menteri, yang bakal menjadi bangkai sahaja.
“Inilah adab diajar Rasulullah SAW apabila Ketua Kabilah Bani Amir yang ditawarkan kemenangan Islam tanya siapa ketua negaranya, lantas sabda Baginda SAW: ‘Urusan Allah menentukan dengan kehendakNya’,” kata Abdul Hadi.
Ahli Parlimen Marang itu berkata demikian dalam kenyataan pada Jumaat dipercayai merujuk kepada tindakan gabungan pakatan pembangkang diterajui DAP, yang akan sekali lagi menamakan calon Perdana Menteri mereka.
Blok pembangkang belum lagi sah didaftarkan itu pada bulan depan dijangka membincangkan siapakah yang layak bagi menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana masih menjalani hukuman penjara akibat kes liwat kali kedua.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, dilaporkan media tempatan berkata bahawa konon pakatan pembangkang itu sudah mempunyai calon lain sebagai perdana menteri jika gabungan pelik tersebut memenangi PRU kelak.
Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata, PAS menafsirkan Perlembagaan Persekutuan, yang meletakkan Islam menjadi agama negara, bukan sekadar simbol dan ia mestilah ditadbir dengan berdasarkan negara berkonsepkan Islam.
Ini termasuk perihal urusan pelantikan ketua negara dan ketua kerajaan daripada penganut beragama Islam dan golongan Bumiputera Melayu yang beriman dalam melaksanakan Islam secara menyeluruh.
“Bukan semestinya PAS menjadi ketua kerajaan, bahkan PAS boleh terus menjadi pembangkang yang menasihat dan ta’awun dengan ketua negara yang boleh menerima Islam, sama ada kerajaan parti atau kerajaan teknokrat.
“Ini boleh diatur perubahannya ke arah lebih positif, bukannya perubahan dan pindaan Perlembagaan yang pernah dilaksanakan sebelum ini seperti tikus membaiki labu,” kata Abdul Hadi lagi.
Beliau berkata, Rasulullah turut menerima mereka yang berbaiah dan setia menunaikan baiahnya bersama Islam diperjuangkan dengan istiqamah dan menunggu pertolongan Allah selepas memenuhi syarat yang diperintahkan.
“Begitulah PAS boleh menerima sesiapa sahaja, termasuk DAP jika menerima Islam yang sempurna, akidah, syariat, akhlak dan nizam serta menunggu kemenangan dijanjikan kepada Islam dengan berjuang memenuhi syaratnya.
“Persoalannya, mengapa Islam dihalang daripada kemenangan dan dijatuhkan selepas menang? Ini bukan kerana salah dan sesatnya, tetapi kerana dengki yang berterusan daripada musuh Islam yang sentiasa mencari alasan.
“Juga berbohong yang dicipta dan putar belit ajaran Islam hingga keliru,”katanya. PAS tetap berterus-terang dan istiqamah bersama Islam tanpa sembunyi dan berdolak-dalih semata-mata raih simpati sokongan semua pihak.
Beliau berkata, konsep PAS tidak memisahkan antara dakwah dan politik supaya seramai mungkin manusia menerima Islam dengan ikrar dan keyakinan hatinya yang ikhlas, sehingga menganut Islam tanpa paksaan.
Atau mereka tidak perlu menganut Islam tetapi bersedia bernaung di bawah pemerintahan Islam yang lebih baik, sekali gus menegakkan Islam menjadi pemerintah dan pemimpin secara terbuka.
“Dalam aspek politik, Islam tegas mewajibkan kepemimpinan utama yang jaga dasar dan konsep daripada penganut Islam dan menerima bukan Islam dalam aspek kepakaran dan pengurusan, bukannya perkara dasar dan konsep.
“Maka, Islam menerima kedudukan bukan Islam melalui pilihan raya atau konsep kerajaan teknokrat. PAS yang menegaskan kedudukan Islam dalam perlembagaannya menerima kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Ini juga menerima konsep Raja Berperlembagaan yang menjadi tonggaknya, menerima juga kaum bukan Islam menjadi warga negara berkonsepkan saudara kemanusiaan, walaupun dibawa masuk oleh penjajah terdahulu.
“Namun, PAS tetap menolak konsep sekular warisan penjajah kerana bercanggah dengan Islam yang diletakkan dalam Perlembagaan negara kita yang sudah merdeka,” kata Abdul Hadi. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
Lihat sebelum ini..


11 comments:

Anonymous said...

Kami nak Mike Sabu Selfie Amoy waktu Bershit jadi PM

Jeff Hulu Bernam
Keadilan Reform

Anonymous said...

Bukan kami nak Husam Sumbu jimat minyak jadi PM

JEFF HULU YAM
AYAHPAN

Anonymous said...

Salah kami mau Che Det jadi PM. Che Det berjasa sebab pecat Abang Non. Kan Che Det tuduh abang Non tak da moral

Jeff Jeff

Anonymous said...

Salah2 semua salah patut calon DAP jadi PM. Yg disebut2 tu temberang. Dlm PH DAP adalah tauke. Yg lain tu Khadam Sokmo.

Puaka Rimba said...

Nak cerita pasal akhlak. Hehehekikikihahahakahkahkah. Dunia...dunia.... macam ni punya orang pun ada. Hehehekikikihahahakahkahkah

Anonymous said...

puaka rimba ..masih diam di rimba

tak berakhlak
tak pernah dengar akhlak..
eloklah jadi binatang..

Anonymous said...

Woi puaka ternakan parti ultra kiasu roket cermin diri dulu kamu bercakap tentang akhlak. Selama ini kamulah yang sibuk menyebarkan fitnah untuk memburuk-burukkan ulama Islam dan parti Islam. Boss roket kamu pun keluar masuk mahkamah kerana dakwaan rasuah banglo terlajak murah. Masih mahu cakap tentang akhlak... tak malukah kamu?

Anonymous said...

Di zaman moden pun masih ada sofu roket yang membela puaka, pelesit, polong dll untuk memfitnah ulama Islam dan parti Islam. Minda puak roket masih lagi berada dalam zaman batu.

Anonymous said...

Boss parti ultra kiasu roket ketawa tergolek-golek melihat boneka-boneka ternakan roket bergaduh mahu jadi pemimpin boneka .... Sesiapa pun jadi pemimpin akan menjadi khadam roket.

hehehekikikihahahakahkahkah

Anonymous said...

Pemimpin PAS sebenarnya takut kempunan nak jadi PM.Kalau UMNO dan PAS kalah dalam PRU14 nanti memang ia akan jadi mimpi ngeri kepada PAS.Sebabtu kritik PH kerana dah sedia merancang siapa yang patut jadi PM.PAS berangan2 nak pasang Hj Hadi jadi PM.

Anonymous said...

Lebih baik TGHH yang mempunyai rekod yang bersih menjadi PM dari melantik kepala bapak roket anti-Islam menjadi PM.


Jika kepala bapak roket ultra kiasu menjadi PM, umat Islam akan dilayan sebagai rakyat kelas 3 dan agama Islam ditindas.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails