Thursday, December 23, 2010

Misteri, Quran Tulisan Darah Saddam Hussein

MUKA surat al-Quran yang ditulis dengan darah Saddam Hussein

Kitab al-Quran ditulis guna 24 liter darah Saddam Hussein

BAGHDAD - Pemerintah Iraq buntu memikirkan apa yang sepatutnya dibuat berhubung kitab suci al-Quran yang ditulis dengan menggunakan 24 liter darah bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein (gambar di atas), lapor sebuah akhbar semalam.

Kitab al-Quran setebal 650 muka surat itu kini disimpan di sebuah kamar berkunci di sebuah masjid yang dikenali sebagai 'Ibu Segala Peperangan' di sini.

Empat menara masjid berkenaan menyerupai laras raifal AK-47 manakala empat lagi menara mirip peluru berpandu Scud.

Saddam dipercayai memulakan projek al-Quran itu sebagai tanda kesyukuran selepas anak lelakinya, Uday terselamat daripada percubaan untuk membunuhnya.

Ia ditulis oleh seorang ahli kaligrafi, Abbas Shakir Joody al-Baghdaddi yang dilantik oleh Saddam.

Kitab al-Quran itu ditulis dengan menggunakan darah yang didermakan oleh Saddam selama tiga tahun.

Sementara itu, Presiden Majlis Pentadbiran Iraq mahu semua barang yang berkaitan dengan Saddam termasuk kitab suci tersebut dimusnahkan.

Namun, Ali al-Moussawi yang merupakan jurucakap Perdana Menteri, Nouri al-Maliki berkata, al-Quran itu perlu disimpan bagi mengingatkan rakyat mengenai kekejaman Saddam.

Saddam yang memerintah dari tahun 1979 hingga 2003, mati dihukum gantung selepas dia ditangkap askar-askar Amerika Syarikat (AS) yang menceroboh Iraq. Saddam dihukum mati selepas didapati bersalah melakukan jenayah kemanusiaan.- Agensi

1 comment:

Anonymous said...

Kenapa perlu meniru budaya Mongol ketika menakluk Baghdad?
Dendam kesumat puak Syiah sebegini yang menjadi nadi dan modus operandi mereka dalam perkembangan hasutan mereka.
Yang pasti semua umat Islam juga perlu bertanggunjawab apabila Saddam menyembelih umat Iraq terutama Kurd di utara dan juga Syiah di Basrah.
Mana dia negara Islam yang mengutuk kempen ini?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails