Tuesday, December 21, 2010

Karpal Pertahan Islam, Apakata Pemimpin DAP?


KL, 21 Dis 10: Semalam, akhbar Utusan Malaysia telah mendedikasikan enam laman termasuk muka depan untuk menyerang DAP, selepas presiden partinya Karpal Singh menjujung untuk mempertahankan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Pengistiharan Karpal tersebut dilihat sebagai satu ancaman bagi Umno kerana mereka ibarat kehilangan satu senjata berharga untuk menakutkan orang Melayu untuk bersama Pakatan Rakyat. Demikian Lapor Harakah.

“Utusan memberikan penghormatan khusus kepada DAP dengan enam halaman liputan termasuk muka depan. Kita mesti telah melakukan sesuatu yang benar!” kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua di Twitternya.

“Ada seorang pemimpin Umno yang telah menasihati Perdana Menteri (Najib Razak) untuk menyuruh Utusan untuk mengurangkan agenda rasisnya setengah tahun yang lalu kerana ia tidak membantu dalam kempen 1Malaysia Perdana Menteri.

"Samada Perdana Menteri tengah tidur atau beliau setuju dengan pandangan rasis Utusan, serangan hari ini pada DAP and Guan Eng langsung tak masuk akal,” kata Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong.

Kebanyakan serangan Utusan ditujukan pada Ketua Menteri Pulau Pinang, yang juga merupakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang difitnah oleh akhbar tersebut sebagai seorang yang rasis dan anti-Melayu.

Beberapa pemimpin Umno juga melabelkan DAP sebagai alat kepada regim Singapura, sehinggakan ada yang menggesa parti itu diharamkan. Sebelum ini, Utusan juga menuduh bahawa DAP berperanan di sebalik pendedahan WikiLeaks yang memetik Menteri Mentor Singapura Lee Kuan Yew sebagai berkata Ketua Pembangkang telah merelakan diri “berjalan masuk ke perangkap sodomi”.

Sementara itu, penasihat DAP Lim Kit Siang mencabar Perdana Menteri Najib Razak untuk melaksanakan seruannya yang menyuruh media untuk memainkan peranan sebagai penganjur kesederhanaan dalam mengetengah dan menonjol semula agenda keamanan dan pragmatisme.

“Gerakan kesederhanaan boleh meminggirkan ekstremisme dan media mempunyai peranan bermakna untuk dimainkan dalam mencapai mencapai hasrat ini,” kata Najib semasa merasmikan konvensyen antarabangsa ke-43 World Chinese Language Press Institute semalam.

“Bagus seruan itu, tapi Najib tidak melaksanakan kata-katanya. Najib harus bertanya bagaimana beliau boleh mengharapkan promosi beliau sedangkan Utusan Malaysia dibenarkan untuk melakukan propaganda ekstrem yang terteruk dengan penipuan dan kepalsuan setiap hari,” bidas Kit Siang. (AK)

1 comment:

Anonymous said...

politik punya pasal, najis pun boleh makan. karpal singh tak terkecuali.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails