Sunday, December 19, 2010

Syiah: Negara Menuju Era "Talibanisasi" -Dr Mohd Asri

NONE
KL 19 DIS 10
: TINDAKAN penahanan pengikut Syiah Khamis lalu yang diambil kerajaan membuktikan negara menuju era "Talibanisasi" sekiranya tindakan itu dilakukan "tanpa sebarang tanda zahir (pengikut kumpulan berkenaan) melakukan keganasan.

Bekas mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin yang bimbang tindakan diambil kerajaan supaya menahan pengikut Syiah akan menimbulkan ketegangan dan unsur-unsur keganasan di dalam negara.

Beliau berkata demikian ketika mengulas perkembangan yang berlaku susulan penahanan seramai 200 orang pengikut ajaran Syiah oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada Khamis lalu.

Dilaporkan, dua orang pemimpin kumpulan itu turut ditahan dalam serbuan tersebut di sebuah rumah kedai di Taman Seri Gombak, Batu Caves. Anggota kumpulan itu, yang menggelarkan diri mereka Hauzah Ar-Ridha Alaihissalam, meliputi golongan pensyarah, penuntut institusi pendidikan tinggi, peguam dan pegawai kerajaan, menurut laporan.

NONETumpuan kerajaan ke atas gerakan Syiah di negara kini semakin memuncak dengan tindakan Kementerian Pengajian Tinggi dan JAIS meningkatkan pemantauan ke atas pensyarah dan pelajar universiti bagi membendung pengaruh ajaran itu.

Malah tindakan tegas juga akan diambil ke atas pelajar dan pensyarah yang didapati terlibat dengan ajaran itu.

"Saya tidak dapat menerima pendekatan kerajaan Malaysia kononnya demokratik, yang menafikan kebebasan rakyat untuk mengamal apa yang mereka yakin selagi tidak menggugat keselamatan awam

"Walaupun saya secara peribadi tidak bersetuju dengan ajaran Syiah bahkan sering mengkritik dan berhujah dengan mereka.

"Dalam era globalisasi pendekatan hujah dan ilmu hendaklah mendahului pendekatan kuasa dalam isu-isu hak rakyat. Hujah (perlu) ditentang oleh hujah, bukan hujah ditentang oleh kuasa," katanya lagi dalam satu kiriman SMS kepada media. (AK)

1 comment:

Anonymous said...

umpama kita menyimpan arak dlm peti sejuk dan menyimpan video lucah dirak di rumah.

dgn harapan anak2 sedar dan tidak menyentuhnya. apakah wajar?

benar setiap org ada hak mengamal ajaran mereka tp syiah ini sgt licik.

tangkap itu memang tidak mencukupi. media utama perlu diteruskan membendung dn mendedah kemungkaran bahaya syiah.

mereka berjuang sungguh2 sedang media kita masih sama sarat dgn hiburan dan perkara sia2.

teruskan kempen bahaya syiah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails