Sunday, December 19, 2010

Negara Islam: Hari Ini Karpal Singh Terbuka Hati?

KEPALA BATAS, 19 Dis 10: Karpal Singh mahu dasar negara Islam yang menjadi isu ‘duri dalam daging’ dalam hubungan Pakatan Rakyat sejak kebelakangan ini diselesaikan dengan segera agar tidak digunakan sebagai senjata oleh musuh-musuh politik mereka.

Sehubungan itu, Pengerusi DAP Kebangsaan ini berkata, beliau yakin perkara tersebut boleh dibincangkan dan dicari jalan penyelesaian.

“Saya mahu perkara ini diselesaikan dengan segera supaya tidak dijadikan isu oleh musuh kita,” kata Karpal ketika menggulung perbahasan Konvensyen Pakatan Rakyat Kedua di sini hari ini.

Di akhir ucapan itu, Karpal, 70, yang menggunakan kerusi roda diberikan tepukan gemuruh berdiri oleh para perwakilan konvensyen. Dalam ucapannya Karpal juga menjelaskan bahawa kata-kata ‘over my dead body’ yang dilafazkan pada 1990, tahun PAS mengambil alih kerajaan negeri Kelantan, telah difahami di luar konteks.

“Apa yang saya katakan 20 tahun lalu dibaca di luar konteks. Islam adalah agama rasmi (Persekutuan) dan rakyat agama lain juga ada hak.

“Oleh itu tidak baik untuk mengatakan Perlembagaan Persekutuan membolehkan mengadakan negara Islam, tetapi yang ini boleh dibincangkan, saya tidak mahu BN mengesksploitasikan isu ini... ini boleh dibincang dengan (Mursyidul Am PAS) Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz (Nik Mat), (Presiden PAS) Tok Guru Datuk Seri Abdu Hadi (Awang),” kata beliau.

“Ini adalah satu isu yang harus dibincang dengan segera, kena dipercepatkan,” kata Karpal lagi.

Ketika konvensyen sulung tahun lalu Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Karpal akan terbuka hati untuk menerima idea negara Islam. Kedua-dua Karpal dan Nik Aziz muncul di pentas yang sama dan duduk bersebelahan pada konvensyen Disember 2009.

Karpal berkali-kli menegaskan meskipun DAP semakin selesa membina ikatan kukuh bersama PAS dalam Pakatan Rakyat manakala parti-parti sekular Umno dan PKR pula giat memikat para ulama, ia masih berpendirian menentang usaha pembentukan sebuah negara Islam.

“Mustahil bagi DAP berkompromi dalam hal ini. Kami tidak boleh kompromi agar negara berubah menjadi negara Islam (jika PR mengambil alih kerajaan pada masa depan),” kata Karpal.

“Ia (Malaysia) sebuah negara sekular. Saya percaya Allahyarham Tunku Abdul Rahman (perdana menteri pertama) pernah menyebut sebelum ini mengenai Malaysia,” kata ahli politik veteran ini Jun lalu.

Karpal sebelum ini pernah menyalahkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana mengubah realiti sebuah negara sekular menerusi kenyataan-kenyataan politiknya yang dibuat oleh beliau pada masa-masa lalu, yang telah “mengelirukan orang ramai” berkenaan identiti Malaysia.

“Perlembagaan menyediakan peruntukan mengenai perkara ini. Tiada peruntukan dalam perlembagaan yang mengatakan Malaysia sebuah negara Islam.

“Agama rasmi Malaysia ialah Islam tetapi tidak bermakna ia sebuah negara Islam,” kata beliau lagi.

Pada 1990, ketika satu ceramah di Sungai Pinang, akhbar-akhbar memetik beliau sebagai berkata biar PAS membina “negara Islam dengan melangkah mayat saya.”

“Mereka (pemberita) tidak membuat laporan konteks kenyataan saya ketika.

“Saya mengatakan demikian dalam hubungan kepada perlembagaan. Tetapi saya kekal dengan pendirian itu, mengatakan perkara yang sama sekarang,” kata Karpal Jun lalu.

Ikatan antara DAP dan PAS bukan sesuatu yang baru dalam bentuk Pakatan Rakyat. Kedua-dua parti itu pernah menjalin kerjasama dengan mewujudkan Barisan Alternatif pada pilihan raya umum 1999, tetapi gagal meneruskan jalinan ekoran isu negara Islam.

Dalam ucapannya, Karpal juga berkata, Pakatan Rakyat tidak harus membentuk kerajaan pusat jika memenangi pilihan raya umum ke-13 tanpa Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini merupakan Ketua Pembangkang dan ketua umumnya.

“Kita tidak boleh pergi ke Putrajaya (membentuk kerajaan persekutuan) tanpa Anwar,” kata Karpal sambil menambah beliau akan menggunakan segala keupayaan yang ada untuk membebaskan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Karpal merupakan peguam utama kes liwat dihadapi Anwar, yang menurutnya merupakan satu fitnah. Sehubungan itu, Karpal juga mahu parti-parti komponen Pakatan Rakyat memilih calon yang terbaik dan integriti, dan tidak mahu kesilapan pilihan raya umum 2008 berulang.

Malah Karpal juga menyindir Anwar tidak mendengar nasihatnya agar tidak menerima masuk Datuk Zaid Ibrahim, yang meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru sebagai ahlinya tahun lalu.

“Saya ada beri Anwar amaran, bukan nasihat tetapi dia tak dengar,” kata beliau yang turut mengungkit personaliti Datuk Seri Zahrain Hashim dan Zulkifli Noordin, masing-masing ahli Parlimen Bayan Baru dan Kulim-Bandar Bahru yang keluar PKR awal tahun ini. Oleh itu kata Karpal, Pakatan Rakyat memerlukan pemilihan calon terbaik untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang. (The Malaysian Insider)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ketika konvensyen sulung tahun lalu Nik Aziz yang juga berkata, Karpal akan terbuka hati untuk menerima idea negara Islam. Apakah dengan kenyataan beliau hari ini, 'mahu dasar negara Islam yang menjadi isu ‘duri dalam daging’ dalam hubungan Pakatan Rakyat sejak kebelakangan ini diselesaikan dengan segera' menandakan perubahan perubahan menarik yang menggembirakan ahli-ahli Pakatan terutama yang beragama Islam? Harap-harap begitulah..

4 comments:

Kuda Perang said...

Amin...

Anonymous said...

hahaha!!! soooooooooo naive!!!! itu je yg tkeluar dlm fikiran aku pasal tahap mentaliti puak2 PAS-PKR neh...

Syafiq said...

jika ada agenda tersembunyi, kita serahkan kepada Allah
tugas kita ialah beri penerangan selengkapnya kepada mereka
maka tanggungjawab kita mengajak mereka kepada Hukum Allah sudah terlaksana

yang teruknya ialah mentaliti puak UMNO
mereka sudahlah tidak menerima hukum Allah,
malah mempersendakan dan mengajak manusia Islam dan bukan Islam untuk menjauhi Hukum Allah
Apabila ada bukan Islam yang mendekati Islam, mereka caci dan burukkan


Inilah naif
mereka lupa tugas mereka sebagai Khalifah
Inilah kerosakan apabila politik suku agama suku

Anonymous said...

Bloger ibnu hasyim tak faham apa yg karpal sebut kan....benggali tu cakap melayu bang bukan cakap omputeh.....Karpal jelas dlm pendirian beliau berhubung islam dan perlembagaan...beliau kata DAP iktiraf malaysia sbgi negara islam dan islam sbgi agama rasmi.......KEPALA HOTAK DIA ..siapa dia yg kita perlukan pengiktirafan beliau utk ini...MALAYSIA dah lebih 50 tahun di iktiraf dunia sbgi nebagai negara islam dan islam menjadi tunjang perlembagaan sbgi agama rasmi.....KARPAL TETAP TOLAK KONSEP NEGARA ISLAM ALA PAS DAN TOLAK HUDUD.....org PAS SYOK SENDIRI .....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails