Sunday, December 19, 2010

Ubah Sekarang! Berpandu 'Buku Jingga' -Dr Mujahid



Pulau Pinang 19 DIS 10
: Pengarah Konvensyen Kedua PR, di Kepala Batas, Dr Mujahid Yusof ketika ditemui baru-baru ini mengatakan konvensyen kali ini yang bertemakan “Ubah, Sekarang” akan meminta rakyat membuat perubahan mutlak untuk menggembleng muafakat semua pihak bagi membebaskan institusi-institusi penting negara dari pemerintahan yang tidak telus dan adil.

“Kami akan meminta rakyat agar memberikan kami mandat besar untuk kami membawa perubahan kepada mereka, rakyat dan negara.

“Kami hendak bergerak dari peringkat sekarang ke peringkat lebih menyeluruh, oleh itu kami memerlukan mandat dan sokongan menyeluruh di semua peringkat. Ini mesej yang kami hendak sampai menerusi konvensyen ini,” kata beliau yang juga ahli jawatankausa kerja PAS pusat.

Ahli Parlimen Parit Buntar ini berkata, di bawah tema itu agenda perubahan yang hendak dibawa ialah jawapan kepada krisis kepercayaan dan keyakinan yang berpanjangan di negara ini. Selain itu kata beliau, konvensyen kali ini juga dijangka mempersiapkan Pakatan Rakyat untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 dan akan dijadikan asas kepada penggubalan manifesto kelak.

Katanya, fokus akan diberikan kepada dua perkara utama iaitu cerita tentang kejayaan negeri-negeri PR dan juga usaha persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13. Untuk mencapai tujuan itu, kata Mujahid, klip video cerita kejayaan kerajaan negeri PR akan dipersembahkan kepada perwakilan semasa konvensyen dan kerajaan-kerajaan negeri PR juga akan mempamerkan kejayaan mereka melalui pameran masing-masing.

Selain Kelantan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah, turut akan membuat pameran adalah kerajaan negeri Perak dan Terengganu yang masing-masing diperintah antara 2008 dan 2009 dan dari 1999 hingga 2004. Perak jatuh ke tangan BN awal tahun lepas.

Menurut Mujahid, konvensyen kali ini juga akan mengeluarkan “Buku Jingga” iaitu catatan yang menggariskan dasar PR dalam bentuk perincian dari Dasar Bersama yang telah diluluskan dalam konvensyen pertama tahun lepas. Pelancaran “Buku Jingga” menggariskan perincian dasar dan langkah yang berlandaskan Dasar Bersama untuk merealisasikan cita-cita PR membina sebuah negara yang makmur dan adil.

Malah menurut beliau, buku itu juga manifestasi kepada konsep umum yang digariskan oleh Dasar Bersama. Antara lain lain kandungan “Buku Jingga” dibahagikan kepada bab di bawah tajuk Negara Dalam Krisis, Kemakmuran, Keadilan Sosial dan Persaudaraan Rakyat Bersama Pakatan Rakyat, Dasar Bersama Pakatan Rakyat.

Sementara itu di Batu Kawan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu rakyat mengulangi sokongan Mac 2008 dengan memberikan mandat lebih besar, di kedua-dua peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, kepada Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya umum ke-13 bagi membawa perubahan menyeluruh. Mesej ucapan Anwar malam tadi itu dilihat selari dengan tema konvensyen PR yang berlangsung hari ini - “Ubah, Sekarang”. (AK)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails