Saturday, April 08, 2017

Dakwaan Harta Luar Biasa, Azmin Sedia Disiasat Semula.


Hasil carian imej untuk azmin ali
SABAK BERNAM – Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata beliau sedia disiasat semula berhubung dakwaan harta luar biasa yang dimilikinya sewaktu menjadi Setiausaha Sulit Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, 22 tahun lalu.
Beliau sentiasa terbuka dan akan memberikan kerjasama penuh kepada mana-mana pihak termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pemilikan harta itu.
“Terpulang kepada mereka (sekiranya mahu menyiasat semula). Ia bukan benda baharu, sebelum ini pun SPRM telah melakukan siasatan terhadap pentadbiran kerajaan negeri dan kepimpinan (kerajaan negeri),” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan bantuan kewangan kepada pesawah padi Parit 10 Sungai Besar, di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Pengarah SPRM Selangor, Datuk Wan Ramli Wan Abdullah semalam bahawa kes itu akan dibuka semula sekiranya terdapat bukti baharu walaupun ia telah ditutup oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada 1997.
Baru-baru ini pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggesa SPRM membuka semula kertas siasatan kes pemilikan harta luar biasa Mohamed Azmin yang didakwa ditutup oleh BPR tanpa alasan munasabah. – BERNAMA


4 comments:

Anonymous said...

Siasat semua akaun Azmean dalam negara dan luar negara sebab corak pemerintahannya yang boleh diragui oleh rakyat !

Anonymous said...

Jgn lupa akaun lebai2 PAS. sebab kehidupan mrk yg boleh diragui oleh rakyat! Tak pernah lebai2 ni isytiharkan harta masing2 mcm rafizi pernah buat.

IrWrWs said...

Rafizi kan kaya.. mujurlah TSKI tak mahu teruskan saman dia setelah Rafizi memohon maaf dan mengaku salah!

Anonymous said...

Parti lebai2 pondan mana berani isytiharkan harta mcm Rafizi buat. Lagipun lebai2 dah disuap dedak haram 90juta duit rakyat yg disonglap.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails