Saturday, April 08, 2017

UNICEF Dakwa Kahwin Bawah 18 Tahun Langgar Syarak.. Biadap?



KUALA LUMPUR – Biadap! Biadapkah, apabila Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mengingatkan Malaysia bahawa perkahwinan di bawah usia 18 tahun adalah salah kerana melanggar asas hak asasi manusia?

Tambah lagi, UNICEF dalam satu kenyataan berkata, perkahwinan dalam kalangan remaja berusia 18 tahun ke bawah menafikan hak mereka kerana pendidikan terganggu selain berhadapan risiko keganasan dan kesihatan.

Justeru, UNICEF menyokong penuh kenyataan sebilangan pihak di Malaysia yang menentang perkahwinan dalam kalangan mereka berusia bawah 18 tahun di negara ini.

Bukan sebahagian dari syariah atau ibadah (Islam)?
“Perkahwinan kanak-kanak tidak lebih daripada satu budaya. Ia bukan sebahagian daripada syariah atau ibadah (Islam). Ia menjurus kepada impak yang bertentangan,” kata kenyataan itu semalam.
Kenyataan itu dipercayai dikeluarkan berikutan perbahasan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya tentang isu perkahwinan antara mangsa rogol bawah umur dengan perogol berdasarkan pengalaman beliau sebagai Hakim Mahkamah Syariah.
Dalam perbahasannya, beliau mengulas ada antara kes rogol remaja perempuan bawah umur sebenarnya melibatkan hubungan seks suka sama suka remaja perempuan itu dengan teman lelakinya.
Justeru, jika ada keizinan wali dan kebenaran Mahkamah Syariah, gadis yang dikategorikan dirogol dalam aspek undang-undang kerana mengadakan hubungan seks di bawah umur dengan teman lelaki boleh dikahwinkan kerana maslahat yang dipertimbangkan kedua-dua pihak.
Maka, tidak timbul isu mangsa rogol akan berkahwin dengan orang yang ditakuti kerana Mahkamah Syariah akan menyiasat dan mempertimbangkannya sebelum kebenaran dikeluarkan sekiranya ada permintaan dan keizinan daripada wali untuk mengahwinkan kedua-dua mereka.
Malah besar kemungkinan perogol itu ialah teman lelaki yang saling menyayangi dan terlanjur melakukan persetubuhan tanpa menghiraukan umur gadis itu yang belum mencapai 16 tahun.
Dilaporkan, Pakatan Harapan yang diketuai DAP bagaimanapun mengambil kesempatan daripada perbahasan itu kononnya pemimpin UMNO menggalakkan jenayah seksual dan menyokong perkahwinan perogol dengan mangsa.
Pakatan Harapan sejak sekian lama mendesak kerajaan mengharamkan perkahwinan di bawah usia 18 tahun termasuk dalam kalangan umat Islam kerana menganggap ia sebagai satu perbuatan masyarakat kuno. Juga kenyataan biadap yang menghina agama, kalau betul laporan itu.

Menikahi Wanita di Bawah Umur Dalam Islam..

Berikut beberapa catatan ringkas berkaitan menikahi wanita di bawah umur,

Pertama:

Majoriti ulama berpendapat, berkahwin dengan wanita di bawah umur hukumnya boleh. Bahkan ada ulama yang mengatakan bahawa semua ulama sepakat tentang bolehnya berkahwin dengan wanita di bawah umur.

Diantara dalil yang menunjukkan hal ini adalah:

1. Allah berfriman di surat Ath-Thalaq, ketika menjelaskan butiran masa iddah bagi wanita yang diceraikan itu:
واللائي يئسن من المحيض من نسائكم إن ارتبتم فعدتهن ثلاثة أشهر واللائي لم يحضن

  • "Para wanita yang sudah tidak lagi haid (menapaus) diantara isteri kalian, jika kalian ragu (tentang masa iddahnya) maka masa iddahnya adalah 3 bulan. Demikian pula para wanita yang belum mengalami haid. "(QS. At-Thalaq: 4)

Pada ayat di atas, Allah menjelaskan masa iddah wanita yang belum mengalami haid, iaitu selama 3 bulan. Sementara tidak mungkin wanita menjalani masa iddah sebelum dia berkahwin. Ini merupakan dalil yang sangat tegas, yang menunjukkan bolehnya menikahi wanita yang belum baligh.

Al-Baghawi berkata,
واللائي لم يحضن يعني: الصغار اللائي لم يحضن, فعدتهن أيضا: ثلاثة أشهر.

  • "Para wanita yang belum mengalami haid" maknanya adalah gadis kecil yang belum mengalami haid (belum baligh). Masa iddahnya (jika dia dicerai) juga tiga bulan. "(Tafsir al-Baghawi, 8: 152).

2. Hadis dari Aisyah RA bahawa Nabi SAW menikahi Aisyah ketika beliau berusia 6 tahun. Dan Nabi SAW kumpul dengan Aisyah, ketika beliau berusia 9 tahun. Dan Aisyah tinggal bersama Nabi SAW selama 9 tahun. (HR.Bukhari 4840 dan Muslim 1422)

3. Keterangan ijma (kesepakatan) ulama.
Beberapa ulama bahkan menegaskan bahawa berkahwin dengan wanita di bawah umur hukumnya boleh. Berikut keterangan Ibnu Hajar,
والبكر الصغيرة يزوجها أبوها اتفاقا, إلا من شذ

  • "Gadis kecil, dinikahkan oleh bapanya dengan sepakat ulama. Tidak ada yang menyelisihi, kecuali pendapat yang asing. "(Fathul Bari, 9: 239).

Walaupun ada juga ulama yang berpendapat, ayah tidak boleh menikahkan anak perempuannya yang masih kecil, kecuali setelah baligh dan dia bersedia. Diantara ulama yang berpendapat demikian adalah Ibnu Syubrumah. Ibnu hazm menikil keterangan Ibnu Syubrumah, yang mengatakan,
لا يجوز انكاح الاب ابنته الصغيرة الا حتى تبلغ وتأذن

  • "Tidak boleh seorang ayah menikahkan putrinya yang masih kecil, sehingga dia baligh dan dia bersedia." (Al-Muhalla, 9: 459).

Hanya saja, perlu kita catat tebal bahawa Ibnu Syubrumah tidak melarang perkahwinan di bawah umur, namun yang beliau anggap tidak boleh adalah sikap seorang bapa yang memaksa anaknya di bawah umur untuk berkahwin tanpa izin puterinya. Allahu a'lam.

Kedua:

Beda berkahwin dengan hubungan badan. Bahagian ini penting untuk kita ingat, kerana bolehnya berkahwin di bawah umur tidak sama dengan bolehnya melakukan hubungan badan dengan gadis di bawah umur. Kerana tidak semua perkahwinan, boleh disambung dengan hubungan badan. 

Untuk itulah, kita mengenal dalam kajian fiqih keluarga, ada istilah, wanita yang dicerai sebelum berkaitan, di mana dia berhak mendapat separuh mahar, jika mahar tersebut sudah disebutkan ketika akad nikah.

Hal yang sama juga berlaku untuk perkahwinan di bawah umur. Gadis kecil yang dinikahi, tidak langsung diberikan kepada sang suami, sehingga dia mampu untuk melakukan hubungan badan.

An-Nawawi mengatakan,
قال مالك والشافعي وأبو حنيفة: حد ذلك أن تطيق الجماع, ويختلف ذلك باختلافهن, ولا يضبط بسن, وهذا هو الصحيح, وليس في حديث عائشة تحديد, ولا المنع من ذلك فيمن أطاقته قبل تسع, ولا الإذن فيمن لم تطقه وقد بلغت تسعا,

  • "Imam Malik, Imam Syafii, dan Imam Abu Hanifah berpendapat, batasan bolehnya berhubungan badan dengan isteri di bawah umur adalah apabila dia sudah mampu hubungan badan. Dan itu berbeza-beza antara satu wanita dengan yang lain. Tidak boleh dihadkan berdasarkan usia. Inilah pendapat yang benar. Sementara dalam hadis aisyah tidaklah menunjukkan batasan usia. Juga tidak dilarang untuk melakukan hubungan, bagi wanita yang sudah mampu sebelum usia 9 tahun. Demikian pula, tidak ada izin untuk melakukan hubungan dengan isteri di bawah umur, meskipun dia sudah mencapai 9 tahun. " (Syarhul Muslim, 9: 206).

Selanjutnya, an-Nawawi menyebutkan keterangan ad-Dawudi tentang keistimewaan Aisyah,
وكانت عائشة قد شبت شبابا حسنا رضي الله عنها

  • Aisyah tumbuh menjadi gadis yang sangat indah (badannya subur), radhiyallahu 'anha.

Ketiga:

Antara izin syariah dan peraturan negara. Kerana itulah Negara Islam wajib ditegakkan dan Islam adalah rahmatan lil 'alamin, membawa kebaikan untuk seluruh manusia jika bukan Islam mahu, bukan hanya untuk manusia Muslim sahaja. Berikah kebebasan orang Islam melaksanakan amalan Islam di negaranya sendiri, seperti juga komunis di negaranya dan barat dengan peraturan negarnya.

Oleh itu dalam PRU akan datang, orang Islam Malaysia wajib UNDI PAS, Parti Islam Se Malaysia. Wllahu 'aklam. (IH)

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.

klik di sini....

3 comments:

Anonymous said...

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB) telah dan sedang dikawal dan dimanipulasikan oleh Yahudi Zionis untuk melindungi Israel dan kepentingan orang-orang kafir maka tanpa merasa segan dan malu PBB membuat keputusan yang tidak bermoral seperti melarang perkahwinan bawah 18 tahun, membiarkan Yahudi Zionis menindas dan membunuh umat Islam di Palestin, pengganas Buddha menghapuskan umat Islam Rohingya di Burma (Myanmar), membiarkan kerajaan kafir menafikan hak umat Islam mengamalkan ajaran Islam di Eropah, USA dll dll.


Pakatan Haprak pimpinan taukeh babi roket adalah contoh pakatan kafir harbi dan munafik liberal yang telah dan sedang menghina, memfitnah, memburuk-burukkan dan menentang semua ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam yang merupakan rakyat majoriti negara ini.

Balaci-balaci taukeh babi roket telah menghina ajaran Islam dan menindas dan menafikan hak umat Islam:

(1) Menghina khutbah Jumaat dan khutbah hari raya,

(2) Menghina pakaian menutup aurat umat Islam,'

(3) Cuba menghapuskan azan,

(4) Mempromosi kebencian terhadap agama Islam dan umat Islam yang mendorong orang kafir mencemari kawasan masjid dengan daging dan kepala babi,

(5) Memfitnah, memburuk-burukkan dan menentang ajaran Islam seperti Hudud dll,

(6) Menghina fatwa sperti fatwa hari valentine,

(7) Menghina dan memfitnah pendakwah, ulama dan mufti Islam, pihak berkuasa agama Islam, mahkamah syariah dll

(8) Menentang semua usaha umat Islam seperti pindaan RUU355 untuk membentuk umat Islam yang berdisiplin, berakhlak mulia dan berjaya di dunia dan akhirat.

(9) Berusaha memfitnah dan menghalau pendakwah Islam yang terkenal bernama Dr Zakir Naik supaya beliau tidak boleh mengadakan program dakwah Islam untuk umat Islam di negara ini. Mereka benci Dr Zakir Naik kerana Dr Zakir membawa mesej keamanan dan keharmonian untuk manusia sejagat.


(10) Berusaha menghapuskan hak umat Islam

(11) Menentang dan menghina Perlembagaan Persekutuan perkara 3(1) Islam adalah agama bagi Persekutuan (Malaysia)

(12) Rejim roket melaksanakan penghapusan etnik dengan merobohkan berpuluh kampung Melayu @ umat Islam di PP.

(13) Berusaha menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu sebagai penduduk asal negara ini.

(14) Sengaja campurtangan dalam hal ehwal agama Islam. Contoh: rejim roket kafir harbi campurtangan dalam proses membuat fatwa di PP,

(15) Mempromosi liberalisme untuk menggalakkan umat Islam melakukan kemungkaran, kesesatan dan murtad tanpa sebarang halangan yang bertujuan untuk menyesatkan umat Islam,


(16) Dan lain-lain.

Puak-puak munafik sahaja yang bersekutu, bekerjasama dan bersekongkol dengan taukeh babi roket menentang agama Islam dan umat Islam. Jika Abdullah bin Ubai bapa munafik masih hidup, dia juga akan bersekutu dengan taukeh babi roket !

KESIMPULAN


Allah dan RasulNya telah melarang keras umat Islam melantik orang kafir dan puak munafik menjadi pemimpin umat Islam kerana orang kafir dan puak munafik tidak pernah redha terhadap agama Islam dan umat Islam:

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi WALI (PEMIMPIN / PELINDUNG) dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Inginkah kamu mengadakan alasan yang nyata bagi Allah (untuk menyiksamu) ?" QS. 4. An-Nisaa' : 144.

Oleh sebab itu, marilah kita semua umat Islam menyokong dan mengundi parti Islam PAS untuk membentuk kerajaan Islam dan menolak semua parti kafir harbi, liberal dan sekular dalam PRU14 kerana mereka memusuhi agama Islam dan umat Islam.

Anonymous said...

Amin.

Anonymous said...

Bela ayam bawah umur boleh pulak

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails