Friday, April 07, 2017

Bukan Diculik Tapi Nak Kahwin. Lari Ke Songkla.



JOHOR BAHRU – Kes kehilangan seorang jururawat Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini yang menjadi viral dalam laman sosial selepas didakwa diculik oleh bekas tunangnya sejak minggu lalu akhirnya terjawab apabila kedua-dua mereka sudah berkahwin di Songkhla, Thailand.
Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan ­Ahmad Najmuddin Mohd. berkata, berita perkahwinan itu terbongkar selepas polis menahan mereka di Pendang, Kedah kelmarin.
Beliau berkata, mangsa yang berusia 30-an dan lelaki berusia 40 tahun itu ditahan dengan kerjasama anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar, Kedah.
Menurutnya, kedua-dua mereka ditahan selepas polis bertindak atas laporan yang dibuat oleh bapa jururawat itu hujung bulan lalu.
“Hasil temu bual yang dijalankan, ­mangsa mengaku telah keluar dari rumah bersama suspek secara rela hati tanpa paksaan untuk berkahwin di Thailand.
“Mangsa turut menyatakan bahawa tiada kejadian culik dan ugutan bunuh sepanjang bersama dengan lelaki itu,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini semalam. (IH)

Selingan: 
Gambar Perjalanan Ibnu Hasyim Ke Songkla baru-baru ini..

Ibnu Hasyim di Songkla City, pinggir laut Thailand.
 Perjalanan jalanraya dari Hatyai menuju Songkla.
Ibnu Hasyim di depan sebuah masjid di Songkla, tempat yang sering dilakukan upacara perkahwinan terutama dari calon luar negara Thai. Ramai pasangan dari Malaysia berkahwin di sini. Terutama oleh lelaki yang ingin berpoligami, mengapa tidak di Malaysia?

Siapa yang ke sini tahu rahsianya.. Tapi saya ke sini bukan kerana itu. (IH)


Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.

klik di sini....

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails