Saturday, April 08, 2017

Ke Korea, Jangan Ditipu Agensi Ini.. Benarkah?


Impian Ke Korea Terbantut, Ditipu Agensi ‘Jom Travel’

TOLONG jangan jadi mangsa seterusnya!’ – Demikian amaran seorang wanita meminta orang ramai berhati-hati dengan pakej promosi ke Korea Selatan oleh sebuah agensi menerusi media sosial.

Ini kerana, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Eina Zarina itu mendakwa dia bersama-sama lebih 90 orang lagi telah ditipu oleh sebuah agensi pelancongan dikenali sebagai ‘Jom Travel!’.

Penipuan itu sekali gus menjadikan jumlah kerugian yang dialami mangsa-mangsa mencecah puluhan ribu ringgit.
Menurut Eina, agensi pelancongan itu bukan sahaja tidak mahu menanggung kerugian yang dialami mangsa malah, gagal dihubungi.
Lebih menyakitkan hati, Eina mendakwa agensi itu turut menyekat mereka daripada memberi sebarang komen dalam page laman sosial agensi terbabit.
Jelas Eina, dia sudah pun membayar sebanyak RM18,760.78 untuk melancong ke Korea Selatan bersama-sama sembilan lagi individu, yang sepatutnya dijadualkan berlepas ke negara itu hari ini.
Bagaimanapun mereka langsung tidak menerima sebarang khabar daripada pihak Jom Travel!.
Susulan itu, Eina telah pun membuat laporan polis terhadap agensi pelancongan itu di Balai Polis Sungai Nibong, Pulau Pinang. – MYNEWSHUB.CC


Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.

klik di sini....

2 comments:

Anonymous said...

Ini jelas menunjukkan kerajaan sekular gagal mendidik manusia !

SALLEHUDDIN ISMAIL said...

PERHATIAN UNTUK MEREKA YANG CUBA MEMBURUKKAN NAMA JOM TRAVEL!

MS Jom Travel Malaysia Sdn bhd merupakan syarikat yang berdaftar dibawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dan telah mula beroperasi sejak 2015 tanpa sebarang masalah. Setakat ini sudah ribuan pelancong telah menggunakan perkhidmatan kami dengan jayanya.

Namun, baru-baru ini pihak syarikat dikejutkan dengan berita palsu yang sedang ditularkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab bahawa syarikat kami adalah sebuah syarikat “scam”. Tuduhan itu bukan sahaja jauh terpesong malah tidak masuk akal sama sekali. Pihak syarikat telah diasak bertubi-tubi berikutan pendedahan yang tidak bertanggungjawab ini.

Pihak kami telah berunding dengan peguam untuk menangani perkara ini. Maka kami mendesak pihak itu untuk:

1) Menarik semula berita yang telah ditelah ditularkan.

2) Memuatkan satu kenyataan maaf secara terbuka kepada umum untuk membersihkan nama.

3) Membuat surat akur janji tidak akan mengulangi perbuatan ini.

Sekiranya pihak itu gagal membuat 3 perkara diatas, pihak kami akan meneruskan dengan prosedur saman di makhamah.

Kenyataan ini ditujukan khas kepada mereka yang cuba menjatuhkan reputasi Jom Travel! serta individu atau pihak lain yang melakukan perkara yang sama.

Sekian, Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails