Tuesday, April 04, 2017

Di Mana Kit Siang Bila Lantik Melayu Ketuai Pakatan? Lihat Ini..



"Sekilas ikan di air sudah ku tahu jantan, betina... itu kata pepatah Melayu berkaitan move politik terbaru Pakatan Harapan yang menamakan dua pemimpin Melayu sebagai pengerusi bersama gabungan tersebut sekaligus mengenepikan pemimpin paling berpegaruh pembangkang Lim Kit Siang.
"Dengan 38 kerusi Parlimen DAP merupakan parti paling dominan dalam Pakatan Harapan dan mana-mana pemimpin Melayu yang dilantik untuk mengetuai gabungan pembangkang hanyalah boneka DAP." 

Lapor .agendadaily.com/
Bagi Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil move itu hanya lakonan.
"Kit Siang tidak perlu main wayang dengan memperkudakan pemimpin Melayu sebagai Pengerusi Pakatan Harapan yang diketuai DAP, sebaliknya melantik diri sendiri kerana beliau paling ‘otai’ dalam parti sejak 51 tahun lalu," kata beliau.
Menurutnya dalam tempoh beliau mengepalai DAP itu, jelas membuktikan jiwa dan raga Kit Siang hanya untuk memperjuangkan kaum Cina.
“Ini semua wayang gelap Kit Siang kerana sesiapa yang dipilih untuk memegang jawatan sebagai Pengerusi Pakatan Harapan yang diketuai DAP hanya akan menjadi boneka beliau dan parti itu,” katanya.
Sebelum ini Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak mempersoalkan kenapa Kit Siang enggan menyandang jawatan Pengerusi Pakatan Harapan yang diketuai partinya dan adakah tindakan itu ada kaitan dengan agenda memperdayakan pengundi Melayu.
Ini memandangkan DAP memiliki 38 kerusi Parlimen dan 96 kerusi DUN sekali gus ternyata DAP parti terbesar dan terkuat dalam Pakatan Harapan berbanding PKR memiliki 27 kerusi Parlimen dan 48 kerusi DUN, PAN memiliki enam kerusi Parlimen dan tujuh DUN selain PPBM hanya memiliki satu kerusi Parlimen dan dua kerusi DUN.
Sementara itu Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, sebagai seorang yang paling berpengalaman dalam selok-belok permainan politik, Penasihat DAP itu merupakan paling layak mengepalai gabungan parti bersama PKR, PAN dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
“Sepatutnya Kit Siang menawarkan diri menjadi Pengerusi Pakatan Harapan yang diketuai DAP sebab beliau sebenarnya ‘otai’ dalam gabungan tersebut.
“Malah, lebih elok Kit Siang menawarkan diri sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Harapan yang diketuai DAP menang dalam pilihan raya akan datang kerana ia lebih senang untuk pengundi membuat keputusan nanti,” katanya. (AD)

11 comments:

Anonymous said...

Nak apikan sentimen agama dan kaum dah tak laku skrg..org Melayu dah celik politik. kah kah kah

Melayu dirosakkan UMNO. Islam dirosakkan PAS.

Anonymous said...

Sejak sebelum merdeka lagi org2 cina memecahbelahkan perpaduan org melayu. Hanya dgn cara ini sahaja mereka boleh hidup dgn selesa dan berjaya mencapai matlamat. Ya,,mereka telah berjaya pada hakikatnya. Daripada buruh di lombong bijih timah, mereka menjadi tuan besar sekarang. Satu lagi impian belum tercapai,,iaitu tampuk pemerintahan. Mereka akan terus berlakon,,mca dan gerakan perbodoh umno. Dap perbodoh pas dan pkr. Sedangkan di belakang tabir,,tiadapun mcagerakandap ni, semuanya sehati sejiwa berpakat demi survival orang cina dan berpakat memecahbelahkan melayu. Org melayu tak sedar2 lagi walau negara hampir tergadai. Ruu355,,isu org islam,,melayu pas dan umno serta pkr masih bertelagah dan berdalih seribu alasan, umno kena bertanya mca gerakan dan rakan komponen bn yg kafir dahulu samada setuju atau tidak....betapa hinanya islam di malaysia. Tetapi, mca dgn bangga berkata kpd dap,,,we have done our job here,,you dap carry on at the other side supaya ruu355 ini digagalkan. Mereka bersatu diatas segalanya2, jika nampak meteka bertelagah,,itu cuma lakonan menipu melayu. Orang melayu,,,ya,,mereka sebenarnya2 bergaduh sesama sendiri terutama umno pas dan pkr. Pulau memulau, solat dua imam, diskriminasi bantuan, wang royalti disekat, dan mcm2. Semuanya adalah benar dan puluhan tahun bergaduh. Bila akan berhenti? Ya...bila cina jadi pm pada satu hari nanti...

Anonymous said...

Kamu dirosakkan DAP

Anonymous said...

Kesian tgk walaun PAS dan macai dedak UMNO cuba apikan sentimen agama/kaum kerana ketagihan undi org melayu. Dah tak laku..Proses pembodohan dan menakut2kan org melayu dari dulu pd bangsa lain terutamanya cina.

Padahal pemimpin2 melayu telah gadaikan maruah org melayu serta harta negara pd komunis CHINA.

DAP tak rompak duit rakyat 2.6b. DAP tak permainkan agama utk tipu umat Islam demi politik.

Anonymous said...

ini bukan perkauman, ini kebodohan melayu jilat juboq DAP.

Anonymous said...

Antara kebaikan ruu355 adalah untuk.memperkuatkan islam. Hanya dengan islam sahaja maruah melayu akan terbela.

Anonymous said...

Kalu betul jujur buat akta hudud dan ruuHadi, masukkan dlm perlembagaan PAS di muktamar nnt. Barulah rakyat akan faham Islam apa yg PAS nak tunjukkan. Implimen pd parti lebai dan penyokong2nya dulu. Tak perlu tunggu undi mp atau non muslims pun. Ada ke walaun2 yg membantah?

Anonymous said...

Dah mati akal berhujah mula mencarut, melucah. Inilah ajaran tuan guru parti lebai hancing pd org melayu yg bodoh..takut pd manusia bkn pd Allah.

Anonymous said...

Akta 355 adalah undang2 sekular bkn hukum Allah.

An Anonymous said...

Komen yg membangangkan diri sendiri. Yang sebenarnya tuan 3:34, RUU 355 menyebabkan akta jenayah syariah di Kelantan dan Terengganu boleh dilaksanakan. Sila ambil tahu apa kandungan akta2 tersebut..

Anonymous said...

Badut Pas sekor ni mmg bangang..knp ruu355 yg pernah dibentangkan di kedah ditolak arwah nik aziz.

Enakmen jenayah hudud dah diluluskan di kelantan dan terengganu slps Pas menang di Tganu.

Knp parti lebai hancing masih tak laksanakan apa yg telah diluluskan sblm ni.

ruu355 undang2 sekular.

Parti Ajaran Syaitan berketuakan dajjal.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails