Sunday, November 11, 2012

Peluang Buat Duit Melalui F/book, Direktori Lucah.


LUCAH...antara khidmat dipaparkan dalam laman web terbabit.
LUCAH...antara khidmat dipaparkan dalam laman web terbabit. 
ISI DULU...borang yang perlu diisi  untuk melanggan laman web lucah.
ISI DULU...borang yang perlu diisi untuk melanggan laman web lucah.

KUANTAN: Seorang pengguna facebook (fb) dikesan memanipulasi laman sosial itu dengan menjadi perantara medium lucah dan aktiviti persundalan bagi membolehkannya mengaut pendapatan haram dengan cara mudah.

Dengan mengenakan caj RM30 melalui akaun fb dikendalikannya, individu itu yang menggunakan nama Siti Normaisyarah menyediakan perkhidmatan membekal senarai nombor telefon rumah urut dan agensi teman sosial, selain gambar video klip dan pautan ke laman web lucah.

Nama Siti Normaisyarah itu dikesan pada nombor akaun bank yang diberikan kepada wartawan Harian Metro yang membuat penyamaran dan membuat pembayaran melalui pindahan wang.

Sebelum itu, kewujudan akaun fb individu terbabit dikesan dengan mematuhi prosedur cukup mudah iaitu hanya perlu ‘like’ sebelum diminta mengirim e-mel ke alamat diberikan.

Pemerhatian dilakukan mendapati sehingga kini akaun fb itu sudah mendapat 39,542 ‘like’ sejak beroperasi pada 2006.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini satu cara buat duit mudah melalui facebook, bagi orang yang berpendirian 'asal dapat duit, tidak peduli halal haram'. Manusia jenis ini, boleh juga disebut robot atau 'binatang ekonomi'. Macam kerajaan Malaysia, lihat ' Kerajaan Makan Duit Cukai Babi RM9.3 Bilion?

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-55: Bongkar Penipuan Dalam Internet
E-Buku IH-55: Bongkar Penipuan Dalam Internet

1 comment:

Anonymous said...

Nombor acc bank sudah tahu, apa lagi buat laporan pada pihak berkuasa. habis cerita.

Apa isunya sebenarnya ?
Apa yg berlaku ialah metro tolong mempromosikan fb lucah tersebut. Orang tak tahu sudah jadi tahu.

harian metro = akhbar lucah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails