Thursday, November 15, 2012

Kondo Bt Caves Lulus Zaman BN!. Najib Tipu Lagi!

SHAH ALAM: Memang Kondo Batu Caves lulus zaman pentadbiran BN pada tahun 2007. Namun, pemimpin BN termasuk Datuk Seri Najib Razak menyerang pemimpin Pakatan Selangor atas kelulusan itu. Semasa sambutan Depavali semalam, Najib mengumumkan, kerajaan BN akan membatalkan projek kondo itu jika BN berjaya memerintah semula di Selangor.

Selepas mempertahankan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor dalam isu kondo itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Datuk Zainal Abidin A'ala diarahkan bertukar. Beliau diarahkan bertukar ke Institut Tadbir Negara (Intan) mulai esok, kata pegawainya di MPS.

Exco kerajaan tempatan kerajaan Selangor Ronnie Liu hari ini berkata, beliau mendapat maklumat bahawa Zainal telahpun diarahkan bertukar, lapor Malaysiakini. Liu percaya arahan pertukaran itu dibuat ekoran kenyataan Zainal pada 30 Oktober lalu yang menafikan dakwaan BN bahawa projek kondominium Dolomite Park Avenue itu diluluskan semasa pentadbiran Pakatan Rakyat.

"Saya rasa sedih kerana kita akan kehilangan seorang YDP yang rajin dan telah membuktikan beliau boleh tangani isu-isu penting.
"Tapi sekarang tiba-tiba dia dapat arahan ditukarkan ke tempat lain. Jadi jangan salahkan saya kalau saya rasa ini merupakan satu tindakan yang luar biasa.
"Saya rasa tidak puas hati (dengan pertukaran) selaku ketua kepada kerjaan tempatan di negeri Selangor," katanya yang mendakwa mendapat tahu mengenai perkara itu pada Jumaat lalu.

Akhbar The Sun sebelum ini mendedahkan di  muka depannya bahawa minit mesyuarat MPS pada tahun 2007 lalu menunjukkan kondo itu diluluskan oleh MPS. Turut serta dalam mesyuarat itu adalah Timbalan Menteri Luar sekarang, Kohilan yang mewakili Gerakan dalam MPS. Turut meluluskan projek itu adalah tiga ahli majlis dari MIC. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails