KOTA BHARU: Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan 
Ibrahim Tuan Man berkata, Muktamar Tahunan PAS kali ke-58 yang 
berlangsung sejak semalam menunjukkan betapa kematangan perwakilan PAS 
yang tidak termakan sebarang provokasi dan fitnah pihak lawan.
Sebagai
 contoh katanya, walaupun media pihak lawan melakukan provokasi kononnya
 isu Nurul Izzah akan menjadi topik hangat dalam muktamar kali ini, 
namun perwakilan yang tampil berbahas langsung tidak membangkitkan isu 
ini.
Malah katanya, perwakilan dilihat matang membangkitkan isu 
khsusnya melontarkan kritikan membina kepada pimpinan parti ke arah 
menjadikan PAS lebih mantap berdepan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
"Ini juga menunjukkan bahawa PAS bukan macam kepimpinan (Ayatullah) Khomeini yang tidak boleh ditegur," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap menyampaikan penggulungan ucapan dasar Presiden PAS petang ini. Beliau turut mengingatkan ahli agar tidak termakan dengan mainan media musuh yang cuba memecah belahkan PAS. Sebaliknya
 ujar beliau, penerangan PAS termasuk Harakah dan Harakahdaily perlu 
dijadikan sumber rujukan walaupun berdepan dengan pelbagai kekangan.
"Biarpun berdepan pelbagai kekurangan, namun Harakah dan Harakahdaily dutakuti musuh stakat ini,' katanya.
Beliau
 juga mahu ahli dan pimpinan tahu membezakan pendirian rasmi parti dan 
pandangan peribadi apabila seseorang ahli atau pimpinan mengulas sesuatu
 isu kepada media khususnya media perdana.
"Saya ingatkan bahawa 
pendirian rasmi parti hanya oleh presiden, timbalan presiden, naib-naib 
presiden, setiausaha dan ketua penerangan.
"Sementara isu-isu tertentu hanya dikeluarkan oleh presiden dan ketua penerangan sahaja," katanya.
Justeru
 katanya, ahli selain pimpinan yang disebutkan itu boleh melontarkan 
pandangan tetapi harus menjurus kepada apa yang diputuskan kepimpinan 
parti. Dalam pada itu, beliau turut berterima kasih kepada semua 
perwakilan yang telah memberi teguran dan kritikan khususnya berkait 
penerangan PAS. Kesemua teguran itu katanya akan diambil perhatian oleh lajnah penerangan untuk tindakan seterusnya. (IH/Hrkh)

No comments:
Post a Comment