Saturday, March 16, 2013

Isu Air: Pahang, Periuk Kata Belanga Hitam.. Malu!



KL: Sungguh malu! Periuk kata belanga hitam, bila di negeri kelahiran Perdana Menteri yang masih bergelumang dengan isu gangguan bekalan air sehingga ke hari ini, sedangkan mulut beliau celupar mengecam masalah air di negeri-negeri lain yang juga di bawah pentadbiran kerajaaan Malaysia pimpinannya.
Setiausaha Lajnah Perumahan, Pengguna dan Alam Sekitar PAS Pahang, Huzir Sulaiman berkata, kerajaan negeri mengambil sikap mendiamkan diri walaupun Solidariti Hijau dan PAS negeri mengambil sikap terbuka untuk bekerjasama demi kebaikan rakyat di Negeri Pahang merupakan satu sikap yang amat mengecewakan.

Oleh kerana itu, ujarnya tidak ada pilihan lain buat Rakyat Pahang kecuali menolak Umno BN di dalam PRU13 ini. “Negeri Pahang amat memerlukan mereka yang masih ada ‘telinga’ untuk mentadbir negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Berikut kenyataan beliau berhubung masalah tersebut.
Pengerusi Lajnah Perumahan, Pengguna dan Alam Sekitar (LPPAS) PAS Negeri Pahang, Andansura, telah melahirkan kekecewaan terhadap kegagalan pengurusan air di negeri itu pada bulan Ogos tahun lalu.

Ianya berlaku akibat kekerapan gangguan bekalan air setiap kali tibanya Ramadhan dan Syawal. Sebanyak 80 NGO dari seluruh negara yang berpayung di bawah Solidariti Hijau menyerahkan pula memorandum kepada Menteri Besar Pahang pada bulan Disember tahun lalu.

Memorandum itu menuntut satu reformasi segera dilakukan terhadap tahap kualiti perkhidmatan yang mengecewakan dari Syarikat Pengurusan Air Pahang Berhad (P.A.I.P) walaupun telah diswastakan beberapa tahun yang lalu. Beberapa siri gangguan bekalan air di seluruh negeri Pahang sepanjang 2 tahun telah pun disenaraikan di dalam memorandum itu.

Semalam, lebih 100 penduduk mengambil keputusan untuk melahirkan kekecewaan mereka secara terbuka kepada P.A.I.P petang semalam di Bukit Pelindung Kuantan.

Mereka menuntut P.A.I.P mengambil tindakan segera memastikan bekalan air yang stabil kepada kediaman mereka dalam tempoh 2 minggu dari sekarang sebelum satu tindakan susulan diambil terhadap P.A.I.P.
Malah mereka juga menuntut penjelasan P.A.I.P sama ada gangguan bekalan air itu mempunyai kaitan dengan  kilang Lynas.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails