Monday, March 11, 2013

Hakim Marlon Dari Brazil Kunjungi TG Nik Aziz


Hakim Marlon bergambar kenangan dengan TG Nik Aziz dan tetamu yang lain
 
KOTA BHARU: Hakim Marlon Reis dan isteri dari negara Brazil telah membuat kunjung hormat kepada Tuan Guru Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sempena lawatannya ke Malaysia.

Beliau ke Malaysia atas jemputan Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyertai seminar antarabangsa pilihan raya si Malaysia. Hakim Marlon adalah salah seorang panelis International Conference on Malaysia 13-General Election di Royal Lake Club, di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kunjungan sehari Hakim Marlon dan isterinya ke Kelantan adalah bertujuan untuk berkongsi pengalaman Brazil dalam menggerakkan 5 juta masyarakat sivil Brazil dalam memerangi rasuah bersama aktivis di Kelantan.

Sebagai seorang Hakim, beliau juga telah menyebabkan 700 calon pilihanraya sabit kesalahan rasuah dalam pilihanraya. Jaringan kerjasama itu dibuat antara 51 buah organisasi besar di Brazil yang terdiri daripada Majlis Peguam, persatuan jurutera, persatuan gereja Katolik dan Protestan, persatuan wartawan, kesatuan sekerja, persatuan pendakwaraya dan banyak lagi.

Golongan-golongan ini telah bersatu dalam satu gerakan yang dikenali dengan nama Movement Combat Anti Corruption Election, (MCCE) di Brazil. Sewaktu kunjungan ke Pejabat Menteri Besar Kelantan, beliau menyatakan cukup teruja dengan keramahan dan kecantikan negeri ini.

Sebelum berjumpa Tuan Guru, beliau telah membuat pertemuan dengan aktivis pergerakan Pemantau Kelantan dan Royalti, juga berkunjung ke Pejabat SPRM Kelantan. Pada sesi petang, beliau bersama anggota Kelantan Backbenchers (BBC) dan Jabatan Hal Ehwal Undang-undang PAS (JUHAM)  sebelum bertolak pulang ke Kuala Lumpur. (hrkh)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails