Wednesday, June 07, 2017

AS Lulus Kontrak Persenjataan. Arab Saudi Terperangkap?



Gambar fail menunjukkan Trump (kiri) dan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud pada satu majlis menandatangani perjanjian di Riyadh pada Mei lalu.- AFP
WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) meluluskan dua kontrak kelengkapan ketenteraan berjumlah lebih AS$1.4 bilion (RM5.96 bilion) kepada Arab Saudi kelmarin.
Kontrak itu adalah sebahagian daripada pakej perjanjian persenjataan AS kepada Arab Saudi untuk menangani ancaman Iran.
Presiden AS, Donald Trump ketika berkunjung ke negara luar pada bulan lalu, berjanji memberikan akses latihan dan persenjataan bernilai AS$110 bilion (RM468.8 bilion) kepada pemimpin Arab Saudi.
Beberapa pegawai menyatakan satu pertiga daripada jumlah itu merupakan kontrak yang diluluskan oleh pentadbiran bekas Presiden Barack Obama sebelum ini, dengan beberapa lagi yang masih dalam perancangan.
Sebaik perjanjian itu dimeterai, Jabatan Negara AS membenarkan Tentera Laut Arab Saudi untuk membeli pakej latihan bernilai AS$250 juta (RM1 bilion) daripada Kratos Defense dan Security Solutions di San Diego, California.
Kelmarin, Arab Saudi memperoleh kebenaran untuk mendapatkan kontrak bernilai AS$750 juta (RM3.2 bilion) bagi melatih tentera udara mereka dengan firma-firma AS.
Sebagai tambahan, Arab Saudi juga akan berbelanja sejumlah AS$662 juta (RM2.82 bilion) untuk pembelian sebanyak 26 buah trak AN/TPQ-53(V) yang dipasang sistem radar jarak sederhana.
Sistem itu akan membantu mengesan kedudukan ken­deraan pelancar misil dan bom mortar pihak musuh.
Syarikat aeroangkasa dan pertahanan AS, Lockheed Martin pula akan menjual sistem pertahanan itu, manakala pihak kontraktor AS akan membekalkan keperluan logistik dan latihan sokongan kepada Tentera Darat Arab Saudi.
Sewaktu lawatan Trump ke Riyadh, Setiausaha Negara, Rex Tillerson berkata, perjanjian senjata api itu akan membantu menyokong keselamatan jangka panjang rakan Washington di rantau Teluk. – AFP
Apakah Arab Saudi sudah masuk perangkap AS? Lihat ini..
Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails