Wednesday, June 07, 2017

Doha Minta Diadakan Dialog. Qatar Mangsa Pertama Trump?


DOHA – Menteri Luar Qatar semalam meminta diadakan dialog bagi menyelesaikan ketegangan diplomatik yang menyaksikan Arab Saudi dan beberapa negara lain memutuskan hubungan dengan Doha.
Dalam ucapan yang disiarkan Al-Jazeera, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al-Thani meminta diadakan dialog yang terbuka dan jujur bagi menyelesaikan krisis berkenaan selain melahirkan harapan untuk terus kekal erat dengan Amerika Syarikat (AS).
Arab Saudi, Mesir, Bahrain, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Yemen dan Maldives memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar kelmarin kerana didakwa menyokong ekstremisme.
Qatar bagaimanapun menolak dakwaan tersebut yang dilihat krisis diplomatik terbesar me­landa rantau itu.
Sheikh Mohammed menegaskan bahawa tiada maklum balas daripada pihak Doha, sekutu lama AS yang disyaki oleh Washington kerana kelonggaran terhadap kumpulan pengganas seperti Hamas dan Ikhwan Muslimin.
Beliau memberitahu, hubungan Qatar bersama AS adalah rumit tetapi tidak terjejas.
“Hubungan kami bersama AS adalah strategik. terdapat perkara yang kami tidak setuju tetapi kerjasama kami mengatasi perbalahan,” ujar Sheikh Mohammed.
Pertikaian berlaku kurang sebulan selepas Presiden AS, Donald Trump mengunjungi Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud untuk mengukuhkan hubungan dengan negara itu.
Sementara itu, UAE semalam menyatakan Qatar perlu membekalkan suatu ‘rangka kerja jaminan’ sebelum pihaknya membuat pertimbangan untuk membaiki hubungan mereka.
“Kami perlu satu rangka kerja jaminan untuk membina keyakinan selepas perjanjian (kami) diputuskan,” kata Menteri Luar UAE, Anwar Gargash menerusi mesej Twitter. – AFP
Apakah Qatar jadi mangsa pertama AS Donald Trump? Lihat ini..

Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails