Friday, June 09, 2017

Pemandu Uber, Tunjuk Kemaluan, Dipukul, &Siasatan Polis.


GEORGETOWN, 14 Ramadan 1438H, Jumaat – Tiga lelaki Cina ditangkap semalam, kerana terbabit memukul seorang pemandu Uber di Lintang Paya Terubong, Selasa lalu.
Kejadian itu yang menjadi tular di laman sosial menimbulkan kecaman pelbagai pihak selepas kira-kira 10 lelaki membelasah pemandu terbabit yang dikenali sebagai Sukri Ramli, selepas didakwa melakukan gangguan seks terhadap seorang penumpang warga Vietnam.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, tiga lelaki itu berumur antara 28 dan 32 tahun adalah antara 10 lelaki yang menyerang dan memukul pemandu Uber berkenaan.
“Selepas disoal siasat, ketiga-tiga mereka mengaku terbabit dalam kejadian itu. Mereka akan ditahan reman bersama wanita Vietnam, berusia 43 tahun mulai esok,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dua daripada lelaki terbabit mempunyai rekod kesalahan berkaitan dadah dan mereka akan direman mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.
Menurut laporan, wanita terbabit meminta pemandu Uber berkenaan mengambilnya di Lintang Paya Terubong ke Jalan Argyll kira-kira jam 4 petang, Selasa lalu.
Wanita itu mendakwa ketika dalam perjalanan pemandu Uber itu memberhentikan kereta dan menunjukkan kemaluannya. Wanita itu kemudian menceritakan kejadian berkenaan kepada suaminya.
Keesokannya, suami wanita itu mengesan pemandu Uber berkenaan di Lintang Paya Terubong. Berikutan itu kira-kira 10 lelaki, termasuk bersenjatakan kayu membelasah Sukri dan merosakkan keretanya.
Wanita Vietnam itu mendakwa mempunyai video sebagai bukti, tetapi gagal menunjukkannya.
Lihat sebelum ini...
Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails