Tuesday, June 06, 2017

Pres.AS Lawat Saudi, Penyebab Qatar Habis Stok Ayam, Gula, Susu..


Krisis Arab: Iran Bantu Qatar Habis Stok Ayam, Gula, Susu

DOHA – Penduduk ibu kota Qatar semalam, berpusu-pusu di pelbagai pasar raya besar akibat panik selepas Arab Saudi mengenakan sekatan ke atas bekalan makanan terhadap negara kecil itu.

Ketika pihak berkuasa meyakinkan rakyat supaya tidak cemas ekoran tindakan jirannya dan enam negara lain yang memutus hubungan diplomatik secara mengejut, suasana jauh berbeza di premis jualan produk makanan harian.
Qatar yang hanya berkongsi sempadan darat dengan Arab Saudi serta bergantung import ke atas bahan makanan dari negara Teluk Parsi, kini menyaksikan rak pasar raya utama hampir kehabisan bekalan ayam, gula dan susu.
Sementara itu, media tempatan melaporkan pembeli beratur sehingga 25 orang dalam satu barisan di gedung ternama Carrefour di sebuah pusat beli belah di bandar raya Doha, iaitu lokasi paling sibuk di ibu negara Qatar.
Keadaan kelam kabut dapat disaksikan beberapa jam selepas tujuh negara iaitu Arab Saudi, Bahrain, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Mesir, Yaman, Libya dan Maldives tiba-tiba memutuskan hubungan diplomatik dengan negara itu.
Orang ramai bergegas memenuhkan barangan dalam troli dan bakul, manakala rak makanan penting seperti susu, beras dan ayam, kelihatan kosong. Qatar mengimport 90 peratus barangan makanan langsung dari Arab Saudi.
Dianggarkan hampir seribu buah lori kontena yang mengangkut produk makanan selain bahan pembinaan dari Arab Saudi melintasi Abu Samra setiap hari tetapi semalam ‘terkandas’ di luar pintu masuk sempadan negara itu.
Penduduk tempatan menerusi media sosial mula mengadu mereka perlu makan ayam dari Oman manakala 100,000 tan gula putih dari UAE tidak dapat dibawa masuk menerusi Pelabuhan Hamad di Messaieed, 50 kilometer dari sini.
Ramai menjangka harga runcit barangan bakal meningkat kira-kira 40 peratus sebagaimana pernah berlaku pada 2012 lalu apabila Arab Saudi bertindak menyekat penghantaran bagi menstabilkan kos produk pengguna tempatan.
Dalam pada itu, kerajaan Qatar memberi jaminan bekalan makanan dapat ditampung daripada negara jiran lain yang tidak terlibat iaitu Kuwait, Iraq atau Oman menerusi laluan laut selain import langsung menerusi jalan udara.
Malahan, Pengerusi Kesatuan Pengeksport Produk Pertanian Iran, Reza Nourani dilaporkan bersetuju mengerahkan penghantaran bekalan asas makanan dengan kapal yang dijangka mengambil masa 12 jam untuk tiba di Qatar.
Arab Saudi memutuskan hubungan dengan Qatar dan menuduh ia menyokong keganasan sekali gus dianggap krisis diplomatik terbesar melanda rantau Asia Barat selepas Perang Teluk 1990 lalu. – Agensi.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apakah hal ini kesan dari Presiden AS lawat Saudi baru-baru ini?


Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

1 comment:

Sayed Noordin said...

Qatar hampir tiada pertanian..memang mereka kaya duit...bahan makanan terpaksa diimport..jika terjadi sesuatu...mereka akan sangat sukar untuk mendapat bekalan makanan..misalnya sekatan darat dan udara serta laut.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails