Tuesday, May 13, 2014

PR Gesa P'raya Semula Di T'ganu -Mohamad Sabu

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu kata Pakatan Rakyat tidak boleh dengan mudah membentuk kerajaan Terengganu. – Gambar The Malaysian Insider, 14 Mei, 2014. 
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu kata Pakatan Rakyat tidak boleh dengan mudah membentuk kerajaan Terengganu. – Gambar The Malaysian Insider, 14 Mei, 2014.

Dua pemimpin Pakatan Rakyat (PR) hari ini menggesa satu pilihan raya semula diadakan di Terengganu berikutan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno mengisytiharkan diri menjadi wakil rakyat bebas.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata kepada The Malaysian Insider kerajaan sementara perlu dipilih melalui saluran yang betul iaitu sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Kita tidak boleh dengan mudah membentuk kerajaan negeri seperti mana berlaku di Perak pada 2008. Kita mesti kembali kepada Perlembagaan dan mengikut proses yang betul.
"Menteri besar Terengganu dilantik dan kedudukannya sah. Maka apa-apa yang dilakukan PAS mesti melalui DUN.
"Jika kami mahu mengambil alih, kami akan mengusulkan undi tidak percaya di sidang DUN. Ia bukan hanya tukar begitu sahaja," katanya.

Sementara itu,  Speaker DUN Terengganu Datuk Zubir Embong menafikan khabar angin bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) itu dibubarkan susulan tiga wakil rakyat termasuk bekas menteri besar Datuk Seri Ahmad Said keluar Umno dan menjadi wakil rakyat bebas. – 13 Mei, 2014. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails