Sunday, May 11, 2014

Masalah Pusat Hiburan Tak Makan Saman, Kerana Rasuah?

Foto
ANTARA GRO yang ditahan.

Petaling Jaya: Walaupun pernah diserbu dua kali sebelum ini, sebuah pusat hiburan masih berdegil meneruskan operasinya malah turut dikesan menawarkan perkhidmatan gadis pelayan pelanggan (GRO) kepada pengunjungnya.

Bagaimanapun, pusat hiburan terbabit diserbu sekali lagi kira-kira jam 11.30 malam kelmarin dalam Ops Noda yang dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya sebelum menahan 34 GRO warga Thailand dan tempatan.

Ketua Operasi Asisten Superintendan Mohd Nazri Daud berkata, pemeriksaan mendapati premis terbabit tidak mempunyai lesen.

“Daripada 34 GRO terbabit 16 wanita warga Thailand manakala 18 warga tempatan berusia antara 22 hingga 38 tahun.
“Ketika serbuan, terdapat 50 pelanggan sedang leka berhibur di pusat yang dibuka dari jam 6 petang hingga 4 pagi ini,” katanya.

Beliau berkata, empat GRO warga Thailand terbabit tidak mempunyai pasport. Mereka didapati menyalahguna pas lawatan sosial ke negara ini selain dikesan menawarkan khidmat seks kepada pelanggan yang dipercayai didalangi oleh ejen.

“Turut ditahan dalam serbuan ini seorang penjaga lelaki warga tempatan berusia 30-an,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya kini melakukan siasatan mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Semua yang ditahan kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk siasatan lanjut,” katanya. (myMeto)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Masalah pusat hiburan 'tak makan saman' pun tak boleh selesai? Lemah sangat ke kerajaan Malaysia? Sila buat kajiselidik, siasat, apa puncanya? Rasuah?

1 comment:

Anonymous said...

DiMalaysia ni bukan sahaja isu pusat-pusat hiburan tapi hampir semua perkara,kejadian,kemalangan,
Kerosakan,pembunuhan - semua berlaku disebabkan rasuah.Ramai mati dijalanraya sebab ramai pemandu yg milik lesen kopi O dapat melalui rasuah,bangunan runtuh sebab kontrektor rasuah pemeriksa bangunan,jenayah berluas-luasa sebab penguatkuasa terima rasuah,pendatang haram membanjiri negara sebab rasuah,dadah boleh didapati dijalan-jalan raya sebab rasuah,air sungai dicemari oleh kilang-kilang industrial sebab rasuah,penjenayah lepas dari hukuman sebab rasuah - senarainya agak panjang.Inilah sebabnya rasuah tu wajar dihapuskan,Dari peringkat bawah hingga keperingkat paling atas

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails