Sunday, May 11, 2014

Bawa Hudud ke Parlimen Ditangguh. -Mohamad Sabu

 Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR 11 MEI: PAS menangguhkan hasrat untuk membentangkan Rang Undang-undang Persendirian di Dewan Rakyat pada Jun ini berhubung pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Negeri Kelantan.

Ia bagi memberikan laluan kepada Jawatankuasa Teknikal membuat penilaian dan rumusan.
Perkara ini dimaklumkan Timbalan Presiden, Mohamad Sabu yang mewakili Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada satu sidang media hari ini.

Katanya perkara ini diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat hari ini.

“PAS mengambil maklum dan berstuju dengan cadangan penubuhan satu Jawatankuasa Teknikal antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri kelantan untuk meneliti dan mengemukakan cadangan tindakan ke arah pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Negeri Kelantan.

“Oleh itu cadangan membawa Rang Undang-undang Persendirian di Dewan Rakyat pada Jun ini tidak akan diteruskan,” katanya di Ibu Pejabat PAS.

Sebelum ini, Kerajaan Kelantan melalui Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menjelaskan tindakan Kerajaan Kelantan mengemukakan pindaan supaya dibenarkan melaksana Enakmen Jenayah Syariah 1993 bertujuan menjadikan ia sebahagian daripada undang-undang di Malaysia.

Selain itu, tindakan membawa perkara itu ke Parlimen kerana Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam sesi penggulungan berkata Kerajaan Pusat sedia memberi laluan kepada negeri untuk dibawa ke Parlimen. (SK)

2 comments:

bat8 said...

Tuan,

Ini sudah dijangka apabila watak utama yang menjadi hulubalang hudud yang gopoh ialah MB Kelantan dan Nik Amar. Kami orang kelantan amat kenal keupayaan Nik Amar. Gopoh dan singkat dalam pemikiran dan tindakan adalah trademark kepimpinan Nik Amar. Dari awal lagi saya menaruh kebimbangan janganlah hudud ini ditimbulkan oleh Nik.Amar untuk menutup ketidakupayaan kerajaan kelantan dalam mentadbir negeri berbanding dgn zaman TGNA.

Awat kenyataan Presiden PAS ini dibaca oleh Mat Sabu. Mana Haji Hadi. Dulu garang macam singa bertegas nak laksanakan hudud. Itulah Haji Hadi. Kalau tak tertembak kaki sendiri bukan Haji Hadi namanya. Saya mengikuti perkembangan Haji Hadi ini dari mula dia balik dari Mesir lagi dan bertugas dengan Majlis Ugama Islam Terengganu lagi.

Ceritanya senang - tak ada orang Islam yang menentang kelantan nak laksanakan hudud. Malah semua menyokong.

Yang membuatkan orang bersuara ialah bagaimana perlaksanaan atau proses-proses yang hendak dilalui untuk mendapat kelulusan pa4lim3n berdasar realiti yang ada didepan mata APABILA M3LIHAT HULUBALANG-HULUBALANG YANG MENJADI PANGLIMA HUDUD INI.

Kita nak tahu sebab kita tau sejauh mana keupayaan siasah panglima-panglima ini. Kita nak tahu sebab kita hendak membantu panglima-panglima ini dimana yang dapat. Rupanya panglima-panglima pun blur seperti selama ini.

Anonymous said...

Parti Ajaran Sesat. Jual agama utk dpt undi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails