Thursday, February 09, 2012

Inul Daratista Goyang Ngebor, Sate Kelapa, Surabaya

CATATAN PERJALANAN siri 27

SETELAH melawat rumah berkaca atau gang Dolly, kami pun pulang. Dalam perjalanan pulang pemandu teksi itu berkata, "Ini panggung Inul Daratista! Kau kenal dia?"

Kami melintasi sebuah bangunan pangung yang tertera nama dan gambar Inul Daratista. Teringat aku, di kota Medan pun aku ada nampak panggungnya. "Ya, kenal sikit-sikit. Siapa tidak kenal Inul Daratista dengan tarian gelek gerudi. Goyang ngebor! Terkenal di Indonesia, Singapura. Apa lagi di Indonesia ini.." kataku.

"Persembahan Inul bagaikan tidak lengkap tanpa tarian itu. Walaupun gelek gerudi Inul menimbulkan kontroversi, namun tidak bermakna dia akan berhenti dari bergoyang." Pemandu teksi itu menyambung lagi.

"Pada aku, itu suatu kebanggaan. Dari seorang anak pengamen, menjadi kaya raya dengan hasil titik peluh sendiri.. Sudah dihormati masyarakat, bila ada wang.." Begitu cara pikirnya.

Pengamen adalah anak jalanan, terbiar, kadang-kadang tiada ibubapa yang menjaganya. Kadang-kadang ibubapanya menyuruh begitu. Menyuruh meminta-minta melalui nyanyian jalanan, di kedai-kedai makan, di traffi light, dalam bas, keretapi dan lain-lain. (Lihat contoh pengamen yang dikawal agak baik.. Hibur Hibur Sikit.. 24 -Nyanyian Jalanan)

Juga klik juga video ini..

Teringat aku semasa di Medan bulan lepas, di sebelah beberapa pintu dari hotel yang aku tinggal ada sebuah restoren. Ada seorang pekerja lelaki berusia 19 tahun, kerjanya hanya jaga malam, tidur di lantai restoren semasa restoren tutup. Ia seolah-oleh tidak dibayar gaji, makan harian disediakan, cuma diberi seringgit dua kalau diikut nilai RM, untuk makan ringan-ringan per hari.

Kenapa tidak dibayar lebih dan letak di tempat kerja yang baik sikit? Aku tanya yang punya restoren itu.

"Oh, kau tak tahu, dia anak gelandangan. Aku ambil bantu dia. Dia tidak tahu siapa ibuayahnya. Tidak tahu membaca, menulis, apa lagi mengira, bagaimana aku nak bagi dia layan pelanggan?" Jelasnya. "Namun dia tetap gembira, tidak mahu ke lain lagi. Bagai ayam daging dikandang yang dipelihara untuk bisnes, tidak kenal dari mana asal dirinya dan siapa ayahibunya.. Di sinilah rumahnya sekarang."

Begitualah, antara corat-coret kehidupan pengamen dan gelandangan di kota-kota Indonesia. Begitukah kira-kira kehidupan Inul dulunya?

Pemandu teksi itu menjelaskan lagi..

"Inul
Daratista atau Ainur Rokhimah lahir pada 21 Januari 1979. Kini, dia adalah seorang penyanyi dangdut dan artis prestasi dari Pasir Puteh, Jawa Timur, Indonesia. Dia dikenali kerana gaya tidak senonoh menari, dan telah menyebabkan kontroversi utama di Indonesia.

"Inul
adalah versi rosak Ainur, nama timangan zaman kanak-kanak penyanyi itu. Ketika dia mula menyanyi, berkerjaya dalam band muzik 'rock', beliau mengambil nama Daratista. Inul Daratista meningkat kemasyhuran ke seluruh negara, selepas televisyen konsert Januari 2003 di Jakarta.

"Gerak tarinya, Goyang Inul atau Ngebor ( gerudi), dengan cepat menjadi sumber kontroversi kerana gerak pinggul (punggung)nya. Beberapa organisasi Islam seperti Majlis Muslim Indonesia (MUI) mengharaman konsert itu. Cubaan meluluskan rang undang-undang anti-pornografi negara telah digubal pada kemuncak kontroversi pertengahan 2003. Tetapi pada 2005 tidak diluluskan.

"Pada April 2006, Inul pernah membuat kontroversi dengan mengeluarkan pernyataan di media masa bahawa dia ingin berpose bugel di majalah Playboy edisi Indonesia." Terang pemandu teksi itu lagi.

Diceritakan juga, Inul Daratista memulai karier panggungnya sebagai penyanyi dangdut melalui acara-acara rakyat di daerah Pasuruan, Jawa Timur. Tanpa disedari, aksi panggungnya diabadikan dalam sebuah rekaman video. Video ini lantas diperbanyak dan diedarkan dalam format VCD ke berbagai pelosok daerah. Ini yang mendorong nama Inul mulai terkenal.

Seiring dengan melekatnya julukan 'Ratu Ngebor', Inul mulai tampil di banyak tempat. Tv pun main peranan berebut-rebut menampilkan Inul. Selain gunakan suara, Inul memiliki bisnes karaoke, Inul Vizta. Hingga memiliki beberapa cawangan. Namun tetap ada halangan. Kata pemandu teksi itu lagi.

"Gaya tarian Inul juga dikritik oleh penyanyi dangdut lain. Goyang Inul dianggap mengundang kesan negatif, berbau pornografi dan merendahkan pamor muzik dangdut. Rhoma Irama, penyanyi 'Raja Dangdut' atas nama PAMMI (Persatuan Artis Musik Melayu Indonesia), menentang peredaran album Goyang Inul yang dirilis Blackboard pada akhir Mei 2003. Bahkan, pada Januari 2006, kembali Rhoma di depan anggota DPR mengeluarkan pernyataan menentang aksi panggung Inul itu.

"Andar Situmorang pernah menggugatnya kerana dianggap melanggar masalah hak cipta. Tapi awal Jun 2009, kesnya dimenangkan oleh PN Jakarta Pusat. Akhirnya Inul pula menthabitkan Andar ke pihak berwajib dengan tuduhan membuat laporan palsu.

"Inul buat gempar lagi, melalui program bayi tabung uji dan berhasil melahirkan anak pertama pada 19 Mei 2009.

Aku tiba-tiba terkejut apabila melihat orang jual 'Sate Kelapa' di gerai pinggir jalan yang kami lewati. "Apa isi kelapa dibuat sate?" Aku memotong ceritanya tentang Inul yang sudah agak panjang itu.

"Oh, bukan. Itu sate daging sapi. Rasa daging sapinya kenyal dibalut parutan kelapa. Lazimnya sate, disunduk pakai lidi, dibakar di atas arang." Jawabnya. "Mahu cuba?"

Aku mengangguk. Teksi pun berhenti, kami pun turun ke gerai itu makan sate sama-sama. Itulah pertama kali aku rasa 'Sate Kelapa Surabaya'. Sedaaap!
Catatan perjalanan ini akan terus bersambung, jika ada kesempatan menulisnya.. Insya Allah.

Ibnu Hasyim
alamat: ibnuhasyim@gmail.com

Jan 2012
Bali, Ind.

Lihat sebelum ini...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails