Sunday, May 23, 2010

Wanita UMNO Pun Tak Mahu Gelek Inul. Lelakinya?

Wanita Umno Kalabakan Minta Pihak Berkuasa Batalkan Konsert Inul Di Tawau

TAWAU: Pergerakan Wanita Umno Bahagian Kalabakan semalam meminta pihak berkuasa supaya membatalkan konsert 'ratu gelek' Indonesia Inul yang dijadual berlangsung pada 29 Mei ini di Kompleks Sukan Tawau.

Ketuanya Datuk Hamisa Samat berkata pergerakan itu bimbang kehadiran penyanyi dangdut tersebut akan menyumbang kepada keruntuhan akhlak khususnya pada kalangan anak-anak muda di sana.

"Wanita Umno Kalabakan difahamkan bahawa persediaan sedang diatur untuk membawa ratu gelek Indonesia, Inul ke Tawau," katanya semasa berucap pada Program Juara Rakyat Wanita dan Keluarga 1Malaysia anjuran Umno Kalabakan, di sini.

Beliau juga menyarankan agar pihak berkuasa mengharamkan terus Inul atau nama sebenarnya Ainul Rokhimah yang terkenal dengan tarian 'gelek gerudi' daripada mengadakan persembahan di daerah itu.

Semalam beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik mengadakan demonstrasi selepas solat Jumaat di Masjid Al-Khauthar di sini bagi membantah konsert tersebut dan mendesak pihak bekuasa membatalkannya. - BERNAMA

Komen Blog Ibnu Hawsyim: Lagi macam kes pemuda UMNO, hendak cuci najis dengan masuk ke dalam tong najis. Berlumuran najis le..

Lihat ini..

1 comment:

Anonymous said...

Guru sibuk membaiki murid....
Tapi apa orang politik buat...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails