Wednesday, May 26, 2010

Kes Aminulrasyid: Polis Diminta Akui Silap -Khalid Samad

SHAH ALAM MEI 26, 10: Polis Selangor diminta segera mengakui kesilapan dan "tidak berpolitik" dalam menyelesaikan siasatan berhubung kematian remaja Aminul Rashid Hamzah.

Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, polis tidak sepatutnya turut mempolitikkan isu kerana ia melibatkan masa depan seorang lagi remaja - saksi utama kes berkenaan.

"Didapati polis negeri Selangor dan disokong ketua polis negara masih enggan tarik balik tuduhan bahawa Aminul Rashid itu seorang penjenayah.

"(Mereka juga) masih enggan akui bahawa pedang atau parang yang dijumpai dalam kereta kakak almarhum Aminul Rashid sebagai perkara yang diletakkan, (suatu) planted evidence," kata Khalid.

Katanya, polis Selangor sepatutnya mencontohi sikap ketua polis Negeri Sembilan yang bertindak meminta maaf kepad seorang mangsa tembakan polis di negeri itu.

"Saya tidak faham mengapa di Selangor mereka begitu berkeras mempertahankan perkara yang semua orang tahu tak betul.

"Tapi di Negeri Sembilan, hari itu juga ketua polis negeri meminta maaf kepada keluarga pihak yang ditembak dan mengakui bahawa mereka tersilap.

"Saya rasakan, lebih cepat pihak polis membetulkan keadaan dengan menyatakan keadaan dan kenyataan sebenar, akan melepaskan dirinya (saksi utama) daripada trauma yang sedang dia alami," katanya.

Khalid juga mempersoalkan sama ada sikap yang ditunjukkan oleh polis Selangor itu berkait dengan pentadbiran negeri itu yang dikuasai Pakatan Rakyat.

"Adakah ini ada hubungkait dengan Negeri Sembilan kerajaannya BN, Selangor ini kerajaan Pakatan Rakyat, maka pihak polis mempunyai dasar dan pendekatan berbeza?

"Janganlah polis pun nak berpolitik dalam perkara ini. Saya rasa semua menyedari bahawa Aminul Rashid bukan penjenayah dan Azam bukan penjenayah," katanya lagi.

Khalid berkata demikian bagi mengulas kehadiran saksi utama itu, Azamuddin Omar yang berada di kerusi penumpang pada kejadian itu ke Bukit Aman hari ini bagi membuat satu laporan polis.

Katanya lagi, Azamuddin akan menduduki peperiksaan PMR pada hujung tahun ini dan tidak seharusnya terus terbeban dengan trauma akibat kejadian tersebut.

Sebelum ini..

1 comment:

Anonymous said...

Imej polis terbarai bila polis berdegil....padahal terang tembak remaja yg tiada rekod jenayah...

Bila polis degil dan suka berpolitik....rakyat jadi mangsa.

Rakyat tidak berikan lesen membunuh kpd polis tanpa SOP.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails