Sunday, May 23, 2010

Jangan Lihat DHPP Sebagai Entiti Berasingan -Dr Mujahid.


KLANG, 23 Mei 10: Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Dr Mujahid Yusuf Rawa pula berkata, ahli-ahli PAS tidak harus melihat Dewan Himpunan Penyokong PAS yang dilancarkan hari ini sebagai entiti berasingan dengan memisahkan anggota sayap baru sebagai “orang lain.”

Katanya di Majlis pelancaran Dewan Himpunan Penyokong PAS yang dilancarkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Klang hari ini.

“Saya minta ahli-ahli PAS supaya jangan pisahkan kita orang PAS, anda bukan orang PAS.

“Dewan Himpunan Penyokong PAS ini baru lahir, jadi ahli-ahli PAS tolonglah bimbing mereka (ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS),” katanya.

Sayap baru ini lahir dengan keputusan PAS menaikkkan taraf Kelab Penyokong PAS yang wujud sejak 2004 dengan keahlian hampir 20,000 orang. (AK)

Lanjut sila lihat...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails