Wednesday, December 17, 2008

Dr Mujahid: Adakan Pertemuan Bloger-Bloger Bantu Kelab Penyokong PAS..









Ibnu Hasyim
Catatan Santai

MALAM tadi, saya sempat bersama-sama beberapa teman-teman mengiringi Dr Mujahid Yusuf Rawa, Pengerusi Lajnah Perpaduan Kaum PAS Pusat, yang berceramah pada orang-orang bukan Islam, di dalam kawasan Ampang. Turut hadir dan berceramah di situ ialah YB Kassim ADUN kawasan itu. Dr Mujahid merasmikan penubuhan serentak 5 Kelab Penyokong PAS (KPP) dalam kawasan itu, termasuk salah seorang dari ketuanya yang dipilih adalah seorang wanita keturunan India. Syabas kepada beliau dan mereka yang menyokong perjuangan PAS!

“Sekarang kira-kira 30,000 kawan kita yang bukan Islam telah mendaftar sebagai ahli KPP. Kita mahu naikkan taraf dari kelab kepada Dewan, seperti Dewan Pemuda, Dewan Ulama atau Dewan Muslimat dalam PAS. Kita sentiasa mengalu-ngalukan sokongan mereka. Dah 3 tahun kita sama-sama dalam KPP ini, tak ade pun yang kami paksa orang bukan Islam masuk Islam! Hampir 20 tahun PAS perintah Kelantan, tak ade satu kuil atau rumah ibadat orang bukan Islam yang PAS roboh! Oleh itu, marilah kita sama-sama perjuangkan keadilan dan kebenaran melalui kelab ini!!” Tegas Dr Mujahid dalam ceramah tersebut, disambut dengan tepuakan.

Selepas ceramah, kami sempat bincang-bincang. “Mengapa PAS tidak manfaatkan rangkaian media internet antara yang memenangkan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya lalu sepenuhnya, secara menyeluruh, berkesan dan lebih professional lagi?” Kata Saudara Jamaludin yang kini jadi Pengulu Kampung di Parit Buntar Perak, bekas ahli lama PAS di kawasan itu, yang ada bersama-sama kami.

“..maka, pertemuan dengan bloger-bloger perlu diwujudkan, sebagai tindakan lanjut seterusnya, bagi membantu kawan-kawan kita yang bukan Islam…” Saran Dr Mujahid.

Maka catatan santai kali ini mempelawa bloger-bloger di Malaysia atau di seluruh dunia sekali pun, bagi menyumbangkan khidmat dan sumbangan idea mereka, atau untuk menyertai petemuan yang akan diwujudkan itu. Sila hubungi (e-mail: ibnuhasyim@gmail.com) atau Blog Ahli Parlimen PAS Dr Mujahid sendiri.

Sekian, harap maklum. Wallahu aklam.

Dari
Catatan Santai Ibnu Hasyim
(e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com)
Disember17, 08. KL

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails