Tuesday, December 16, 2008

RTM, Anugerah Sana-sini.. Rupanya Syok Sendiri!



Ibnu Hasyim
Catatan Santai

TERIMA kasih kepada orang yang menamakan dirinya ‘Shah’, dan menghantar artikel komen mengenai rancangan RTM1 berjudul seperti di bawah ini. Saya tertarik untuk memaparkan dari pelbagai pandangan yang berbeda. Begini tulisannya…

AKU terpanggil untuk memberi respon keatas tajuk yang diperbincangkan dalam rancangan Bicarawara Fenomena Seni melalui RTM1 yang dikendalikan oleh Sdr Rosyam Nor, pelakun yang sensitif dengan rujukan "hero tua" itu, pada hari Jumaat 12/12/2008 lalu. ‘Anugerah sana, anugerah sini’ - tajuk yang diperbincangkan bersama oleh tiga orang ahli panel jemputan yang aku kenal (kenal dari jauh saja lah - dia tak kenal aku pun) hanyalah Datuk A. Rahman Hassan. Yang dua lagi tu memang pertama kali aku melihat mereka dikaca tv seorang (yang wanita) dari Harian Metro (agaknya wartawan hiburan lah kut? kalau tak salah aku); dan yang seorang lagi yang lelaki tu mungkin si penganjur anugerah OSKA - satu lagi jenis penganugerahan yang kononnya memberi kesan menyeluruh untuk penghargaan terhadap kakitangan crew filem disebalik tabir (behind the camera).

Wah! sungguh hebat Malaysia kita. Negara yang sekecil Malaysia ni sudah dapat mengorganizekan bermacam2 jenis penganugerahan untuk para artis yang merangkumi penyanyi, pelakun (drama dan filem), dan yang berkaitan seperti karyawan2 dan segala macam jenis penggiat seni tanahair. Ini nampak macam nak mengalahkan Bollywood maupun Hollywood? Sungguh hebat ya?

[sengaja aku guna istilah Inggeris "organize" kerana orang2 Melayu kita memang gemar dan rasa cukup berbangga sekali dengan bahasa rojak campur matsalleh yang sememangnya sudah jadi kebiasaan atau "norm" bagi mengambil (meminjam) perkataan2 Inggeris untuk diterapkan dalam penggunaan bahasa kita seharian baik dalam segi apa sekalipun (penulisan dan juga lisan - written as well as oral/spoken) - malah contoh2 teladan acapkali ditunjukkan oleh pemimpin2 politik kita sendiri - memang ketara - tiada siapa boleh deny atau menidakkannya - contoh baru2 ini dalam berita tv ketika insiden tanah runtuh di Bukit Antarabangsa - PM kita Paklah ada menyebut perkataan "di-motivate-kan" ketika membuat komen terhadap insiden itu].

Perkataan Inggeris di ambil (pinjam) bulat2 kemudian diMelayukan dengan mudah saja dengan meletakkan penambahan "di-" dipangkal dan penambahan "kan" dihujungnya - maka jadilah istilah "di-motivate-kan" terciptalah istilah Melayu/omputih-celup (melayu celup omputih atau omputih celup melayu?) - kira macam istillah Melayu kawin Inggeris lah. Berbalik kepada tajuk topik yang diperbincangkan oleh ahli2 panel diselit dengan pendapat2 dan pandangan dari orangramai (penonton) dan dari kalangan artis sendiri serta penggiat seni yang lain, memang rata2 rumusan dari feedback dan komen2 yang juga melalui khidmat pesanan rengkas juga (sms) dapat kita terima hakikat betapa membazirnya disegi wang, masa dan tenaga.

Pada keseluruhannya ia menggambarkan yang kita (masyarakat Melayu terutamanya artis2 dan karyawan serta penggiat seni) adalah jenis masyarakat "syok sendiri". Dengan filem2 yang dipertontonkan oleh masyarakat Malaysia kita yang hanya tidak pun sampai bilangan berjuta2 jika diambilkira jumlah bilangan penduduk negara kita kurang lebih 27 juta, amatlah begitu kecil sekali percentagenya. Cuba buat kiraan congak (simple math) jika sekadar kutipan RM4 atau RM5 juta punya collection (yang jarang2 dapat mencapai ketahap itu - hanyalah untuk sekian2 filem yang agak menarik perhatian dengan promosi yang hebat - itupun boleh dibilang dengan jari saja) - bayangkan bilangan penonton yang datang menonton hanyalah sekadar 400,000 ke 500,000 orang sahaja.

Dengan sambutan para penonton filem2 Melayu yang sebegitu kecil - Malaysia kita sudah mahu tunjuk handal (macamlah hebat sangat dan berkualiti sangat hasil2 produk filem kita kalau setakat hanya mampu menarik 500,000 orang penonton sahaja) - dengan berbagai macam anugerah di adakan. Yang terbaru kini pula KLIFF - "Kuala Lumpur International Film Festival". Waaah!!!! hebat sungguh bunyinya. International man!. Don't joke! man ..... kita sudah dapat menganjurkan festival bertaraf 'international' some more. Hebat! Hebat! .......

Apa standard kita kini sudah dapat capai ke tahap international ke? Ini betul2 menggambarkan yang puak2 yang berkenaan jenis "SYOK SENDIRI".

Ingin menunjukkan kepada semua ..... seperti ungkapan sinis "LIHAT LAH DUNIA" ..... yang juga acapkali di gembar-gemburkan oleh media2 letronik (oleh pembaca-berita dan pengacara2 tv) .... apa2 kejayaan walaupun belum pun sampai keperingkat final ..... puak2 yang terlalu overconfident yang juga terlalu ghairah sangat akan selalu ucapkan ....sikit-sikit ...."MELETAKKAN NEGARA KITA .......DI PETA DUNIA atau DI WORLD MAP ...... atau...... DI MATA DUNIA". Ini boleh kita sentiasa dapat mengikuti laporan2 seperti dalam sesuatu kejayaan seperti dilapangan badminton, bolasepak, squasy, dan yang paling mengghairah lagi ketika kita sudah boleh declare negara kita sudah mencipta sejarah dengan kejayaan angkasawan pertama negara menumpang Kapal Angkasa Russia ke Stesen Angkasa Antarabangsa - ISS (International Space Station) yang terletak kira2 350 kilometer dari bumi - iaitu dengan menumpang pesawat SOYUZ TMA-11 pada bulan Oktober 2007 yang lepas.

Selepas peristiwa itu, kita dapat lihat betapa riuh gemuruhnya, segenap suara para2 pemimpin politik dan para yang berkepentingan begitu EXCITED atau OVER-EXCITEMENT dapat kita saksikan dipeti2 tv dan media2 arus perdana dengan sambutan yang begitu hebat dan meriah sekali seolah2 menyambut 'putera dari kayangan' turun ke dunia. Itu baru hanya dapat MENUMPANG KAPAL ORANG ..... sudah dapat MENDABEK DADA untuk boasting pada masyarakat sekeliling dan pada negara2 jiran sekeliling dan juga untuk di war-warkan pada seluruh dunia (hanya sekadar kalangan 'dunia ketiga' saja lah). Takkan nak bersaing dengan negara2 maju yang sejak sekian lama telah berkecimpung di arena 'space exploration' kot?

Kalau sekadar nak berlawan bersaing dengan Zimbabwe boleh lah ..... Dengan negara Iran pun tak terdaya kita (Malaysia). Apalagi dengan negara India dan negara Cina? Kadang2 aku pun terasa malu jugak memandangkan keadaan kita negara kerdil yang tidak sehebat mana, sudah berlagak sombong, angkuh, bongkak dengan mendabek dada begitu sekali terhadap sesuatu perkara yang ingin kita mendapatkan sesuatu pengiktirafan. Baik dalam apa segi sekalipun. Apa tidaknya? Cuba perhatikan bila kita mencapai sesuatu kejayaan yang taklah begitu cemerlang sebab bangsa lain pun sudah pernah mencapai ketahap itu.

Akan tetapi, kita begitu ghairah melampau2 hingga nampak macam terlalu crazy (macam orang gila lah) bila kita dengan mengusung bendera Jalur Gemilang kita yang ditempah khas dengan saiz ukuran paling besar dalam dunia .... mengalahkan bendera negara2 lain yang lebih hebat dan lebih unggul dari negara kita. Banyak insiden dapat kita perhatikan especially bila kita dapat berjaya dalam sesuatu pertandingan, perlawanan kejuaraan sukan atau sebagainya. Dulu, semasa negara kita dapat merampas Piala Thomas dalam kejuaraan badminton THOMAS CUP .... Piala Thomas yang kita dapat membawa balik itu .... telah dengan begitu ghairah dengan begitu penuh excited (malah over-excitedness) mengusung kemerata pelusuk dan ceruk negara Malaysia untuk menunjuk2 betapa hebatnya kita.

Padahal kalau menunjuk2 melalui siaran tv pun kita orang yang bersifat rational pun naik jelak dan muak melihat telatah manusia2 yang angkuh, sombong bermegah2 mendabek dada seolah2 "kita sajalah yang handal" ..... seperti ungkapan sinis 'LIHAT LAH DUNIA". Bukan sekadar disegi itu sahaja. Ini termasuklah juga disegi rating dan ranking universiti2 di negara kita, football punya ranking atau tahap kedudukan pasukan negara kita diperingkat dunia (antarabangsa), juga lain2 bidang. Bila negara kita tidak mendapat kedudukan yang membanggakan, maka kita akan melenting, melatah - menuduh cara atau sistem yang dijalankan adalah bias atau tidak fair atau tidak bertepatan dengan kehendak kita lah yang sebetulnya.

Begitulah dalam apa cara atau apa bidang sekalipun. Dalam bidang seni filem dan drama lakunan serta bidang nyanyian misalnya - cukup ketara sekali dan memanglah amat memalukan sekali bila begitu banyak sekali penyampaian anugerah2 yang entah tahap filem2 dan drama2 dan juga penggiat2 seni dan karyawan2 yang tidaklah sehebat mana dan berkualiti (kalau adapun boleh di bilang dengan jari sahaja - itupun kadang2 menjadi - kadang2 tidak - terpulang kepada hasil pencapaian karya/produknya - juga berdasarkan daripada hasil sambutan dari peminat2 (iaitu penonton2 (untuk filem dan drama) dan pendengar (untuk lagu2 nyanyian) - dan ada juga yang jenis fluke saja (nasib lah tu).

Tiru dan ciplak hasil orang lain punya pun banyak berlaku - namun golongan penonton dan pendengar Melayu kita pun tak kesah dan tak peduli sangat akan hal tiru-meniru menciplak orang punya ...... janji mereka (yang menonton dan mendengar) dapat hiburan sudah cukup untuk mereka meminati idola yang mereka katakan idola itu. Itulah tahap penonton/pendengar yang dikatakan peminat artis2, karyawan2 dan penggiat2 seni tanahair yang hanya segelintir bilangan yang begitu kecil sahaja jika dibandingkan dengan jumlah penduduk di negara kita ini pada keseluruhannya.

Dalam perbincangan Fenomena Seni tersebut, panelis yang mewakili akhbar Harian Metro ada menyatakan ura2 pihak Harian Metro pun akan menganjurkan satu lagi bentuk anugerah (mungkin untuk bersaing dengan akhbar Berita Harian (juga sekutu mereka) yang sudah sejak sekian lama menganjur majlis penyampaian Anugerah Bintang Popular. Bayangkan akan bertambah lagi penyampaian anugerah yang di ura-urakan dalam arena seni kita. Nanti lepas Harian Metro, akan ada pula pesaing2 baru seperti 'penyampaian anugerah anjuran akhbar Utusan Malaysia' pula. Kemudian, akhbar Kosmo pulak hendak mengadakan penyampaian anugerah untuk para2 artis, karyawan2 dan penggiat2 seni.

Tidak ketinggalan nanti media letronik seperti stesen2 tv swasta seperti ASTRO AWANI, NTV7, 8TV, TV9 (Dekat dihati) - masing2 akan juga turut serta (jump the band-wagon) untuk sama2 memeriahkan lagi kegiatan seni penganugerahan untuk memberi kepuasan sesama sendiri yang sering dikata orang "ANUGERAH SYOK SENDIRI" - iaitu dalam lain perkataan "ANUGERAH UNTUK MEMBERI SETIAP MEREKA UNTUK SYOK SENDIRI". Oleh kerana terlalu ghairah untuk bertindak untuk mencapai sesuatu - dengan tidak berkemampuan - tanpa berkelayakan dengan tahap yang setimpal - kita dengan secara tak disedari kita masyarakat Melayu especially, telah memperbodohkan diri sendiri dan akhirnya memalukan masyarakat bangsa kita sendiri.

Dan ini akan menjadi bahan gelak ketawa tontonan di mata dunia....... bilamana ia menjadi "mockery" atau "laughing stock of the whole world". Dan kelak ia akan menjadi sejarah .... dan akan di ketahui oleh waris2 kita iaitu anak2 cucu2 cicit2 kita nanti. Bayangkan? Apa tindakan mereka pada ketika itu? Mungkin mereka akan mencemuh? atau mereka akan mentertawakan perihal kebodohan kita? atau mereka akan menyumpah? atau juga mungkin mereka tidak akan mengaku yang mereka adalah berketurunan dari masyarakat Melayu yang begitu memalukan sekali?

HAIRAN SUNGGUH PERIHAL ORANG2 KITA NI ....

KIRA HENDAK MENUNJUK2 DAN BERMEGAH2 HINGGAKAN TAK SEDAR SEMUA ITU MENEMPELAK KEMUKA KITA BALIK .... DAN MEMALUKAN DIRI SENDIRI AKHIRNYA.”

Oleh itu pihak RTM dan Kementerian Penerangan kena baca ini! Kena prihatin kepada pandangan masyarakat. Ingat, jangan jadi macam Menteri Penerangan sebelum ini, terjun tak bertangga.Demikian catatan santai untuk kali ini. Sekian,

Wallahu aklam.

Dari
Catatan Santai Ibnu Hasyim
(e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com)
Disember15, 08. KL

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails