Monday, October 19, 2009

PAS Perlu Tangani Isu Bukan Islam Sertai PAS Dengan Baik -Dr Mohd Hasyim


KL. PAS perlu menangani dan menjelaskan isu yang dikemukakan oleh Pemuda Gerakan Kedah sebaik-baiknya. Demikian pandangan Blog Ibnu Hasyim seperti yang dikemukakan oleh editornya Dr Haji Mohd Hasyim di sini padi tadi.

Sebelum ini, Malaysia Kini melaporkan Pemuda Gerakan Kedah menyifatkan cadangan PAS untuk menjadikan Kelab Penyokong PAS sebagai satu sayap parti itu merupakan satu bentuk diskriminasi terhadap orang bukan Islam. Menurut parti itu lagi, sekiranya PAS benar-benar ingin menyerap rakyat bukan Islam ke dalam parti itu, PAS harus memberi keahlian penuh kepada anggota Kelab Penyokong PAS dan bukannya keahlian jenis kelas kedua yang hanya bertaraf sayap, kata Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang.

Beliau memetik kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Haji Awang yang dilaporkan berkata sokongan dari kalangan bukan Islam terhadap parti itu dilihat semakin meningkat dan dibuktikan dengan kesungguhan mereka dalam membantu jentera PAS dalam menghadapi beberapa pilihan raya kecil sebelum ini. Katanya, Datuk Seri Abdul Hadi mungkin telah terkeliru dengan ahli bukan Islam dari DAP dan PKR yang telah bekerja untuk jentera pilihan raya kecil Pakatan Rakyat.

Sebaliknya, kata Tan, keputusan pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang menunjukkan kekecewaan rakyat, terutama golongan bukan Islam, terhadap dasar yang dicadang dan dilaksanakan PAS di negeri Pakatan Rakyat. Sokongan orang bukan Islam terhadap PAS akan terus merosot sekiranya PAS masih gagal untuk menerima Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum dengan kebebasan agama mengikut perlembagaan negara kita. kata Tan.

"PAS perlu menangani masalah itu dengan baik." kata Dr Hj Mohd Hasyim. "Perkara ini perlu dijelaskan bukan saja dengan ucapan tetapi juga dengan tindakan, demi masa depan PAS, untuk di terima oleh seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum."

Katanya yang juga Presiden Grup Universiti Ulu Klang di pejabatnya di sini.
Oleh Asyok Kumar

5 comments:

dasuki said...

PAS adalah parti untuk orang Islam. Kenapa pula nak buka untuk orang bukan Islam termasuk mereka dari Kelab Penyokong Pas?

dasuki said...

kalau kelab peyokong pas tak suka sangat jadi penyokong pas, bolehlah tukar ke parti lain.

anti munafik said...

pas kan parti serba boleh,kalau buat semua halal,orang buat semua haram,boleh masuk syurgalah bukan islam masuk pas yek,bawalah mengucap,

Anonymous said...

Pandangan Dr.Hasyim ni wajar diambil perhatian yang berat olih Presiden PAS."Tangani" bermaksud menghalusi dan mencari penyelesaian sehingga tercapai "win-win situation".
Pandangan Pemuda Gerakan tu tak perlu diambil kira kerana Gerakan adalah kerabat UMNO dalam BN.Itu adakah suatu pandangan provokasi saja.Takkan mereka tak tahu dalam mana-mana pertubuhan ada yang bertaraf "full membership" dan ada yang bertaraf "associated member"(Ahli biasa dan ahli bersekutu).Soal 2nd class citizen tak timbul dalam soal ini.Gerakan tu dah tak ada modal lagi selepas kehilangan Pulau Pinang kepada DAP.

Roslan -Pas Kubang Rotan said...

memang betul cakap Tan keng liang dari gerakan. Sungguhpun dia tu dari gerakan, tapi kalau Pas mahu meraih undi orang bukan Islam, Pas perlu memberi keahlian penuh kat mereka. Kalau hanya nak beri taraf saya, keahlian ini akan dikata diskriminasi!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails